Khamis, 27 Disember 2012

oh hariku indah :D

Salam semua,hari ini aku membawa adikku ke PJK kerana adik aku mengajar kawan anak ibuku.Kerana tahun mereka sudah tidak ada periksa PMR &SPM.Alhamdulilah kami selamat sampai rumah dengan aman walaupun penuh cabaran dan dugaan dalam destinasi.Emmm.... hariini aku nak ceritakan pula novel yang baru aku beli.

KENAPA AKU(NUROLL SHAZLINDA HAIRUL)




  Mengisahkan tentang hidup Nia Darlina yang hilang kebahagiaan hidupnya selepas ayahnya meninggal dunia akibat penyakit barah paru-paru yang mengejutkan.Setelah 5 bulan selepas kematian ayahnya,ibunya sudah berkahwin dengan Haikkal iaitu kawan baik arwah papanya tanpa kebenaran Nia Darlina.Lama juga dia membenci ayah tirinya tetapi Erin rakanya sentiasa memberi dorongan.Sewaktu dia sedang menduduki STPM,dia telah mendapat cinta pertamanya dengan Zulhelmi sewaktu meluahkan cintanya di Mc Daley.Sesudah kemalangan berlaku antara Nia dan ayah tiri,dia sudah boleh menerima bahawa dia sudah mempunyai ayah.Sewaktu ibunya bekerja di luar dan Erin tidak tinggal dirumah Nia kerana atuknya sakit tenat,ayah tirinya sudah dirasuk syaitan dan tercemarlah maruah Nia.Satu hari,dia ke rumah Erin tetapi dia tiba-tiba pengsan.Doktor menyesyaki bahawa dia dirogol.Akhirnya terbongkarlah rahsia.Ayah tirinya ditangkap polis atas perbuatanya.Tetapi yang sedihya,ibu Nia tidak menerima dan buangnya dari rumah.Sampailah mereka sudah bekerja sementara menunggu keputusan STPM.

 Nia bekerja untuk hidup berdikari di Kl,disana dia mempunyai teman bernama Syafiza dan Zack.Zack seorang rakan yang amat menghiburkan kerana Zack seorang lelaki tiruan.Nia dan Syafiza sering ketawa melihat gelagat Zack.Mahu kata lelaki tapi ada 2 gunung tengah2,walaupun begitu Zack seorang pengemar baju tebal dan besar,jalan seperti lelaki,jika dia lelaki ramai wanita tergilakannya kerana rupa Zack agak kacak.Keputusan STPM sudah keluar Nia dan rakan rakannya mendapat keputusan yang cemerlang.Mereka telah pun meraikkannya di Sunway Lagoon dengan riang.Dia rasa bahagia bersama Zulhelmi kekasihnya.Setahun kemudian mereka berpisah kerana ada yang belajar dan kerja.Sekarang dia tinggal bersama Zack.Syafiza berpidah kerana mengikut suaminya.Sewaktu dia bekerja,pada satu malam dia telah dirogol oleh En.Azfar bosnya sendiri.Pada ketika itu semua sudah berubah.Pada satu malam,Zul dan Erin dan sahabat lain keluar makan ingin berjumpa semula kecuali Nia.

  Zul dan Erin ternampak Nia dengan seorang lelaki(En.Azraf).Lantas mereka mengekorinya hingga ke bilik kondo Nia.Akibat terlalu cemburu dan iri hati,lantas Nia dicaci oleh Zul. Mereka telahpun putus.En.Azraf telahpun dibunuh oleh isterinya sendiri sewaktu melakukan perbuatan yang tidak senonoh terhadap Nia di pejabat.Nia pegi bercuti di sebuah pulau Terengganu untuk menenangkan hati.Disitu dia telah berkenalan dengan Shahrul(kawan baik Zul).Selepas ibunya balik ke Malaysia
kerana terlampau rindukkan Nia.Tetapi susah Nia menerima ibunya.Satu kemalangan berlaku iaitu telah menyebabkan Shahrul koma akibat dilanggar oleh bekas tunangnya dengan cemburu yang membara.Sewaktu itu Nia masih belum menerima cinta Shahrul.Akhirnya dengan takdir Ilahi Shahrul meninggal dunia.Bertambah sedih hati Nia.Sudah beberapa bulan Zul telah berkahwin dengan Erin dengan satu lafaz akad nikah Erin telah sah menjadi isterinya.Selepas berkahwin mereka berbulan madu di Tokyo,Jepun.Disitulah Nia mengenali Izhan iaitu rakan karib Shahrul.Berapa tahun selepasnya Nia ikut Qada` dan Qadar kehidupan.Dia telahpun berkahwin dengan Izhan kerana Nia harus teruskan hidup dengan sempurna,pesan arwah Shahrul.Mereka telahpun mendapat anak pertama,diberi nama Syahrul.Nia dan Izhan telahpun bahagia.



itulah cerita teladan dan moral remaja, cerita ini banyak mengisahkan haruan makan anak ...ini juga cerita semangat aku kerana betapa teguhnya iman Nia untuk meneruskan hidup..Oklah itu sahaja Wassallam....:D      
                 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan