Rabu, 3 Februari 2016

new month new vision

Assalamualaikum w.b.t korang ,hari ni merupakan bulan baru dan bermulanya misi baru su utk berjaya.Antara misi su ialah:

1.40 KG 
Ini antara misi su sebab su tadi pergi check up berat su dah 43 kg tapi su nk capai berat lama sbb su nak menjadi normal.Sbb badan su memang kena capai berat tu utk ideal.Jadi su just makan 2-3 kali sahaja.Su punya badan kalau dah breakfast berat such as nasi lemak,mihun goreng atau apa sahaja makanan berat ,su akan mkn lunch jam 3 sbb su akan rasa kenyang sangat nnti su just mkn roti sahaja.

Menu su hanya lah ,
breakfast: 1 cawan nestum,2 keping roti bakar bersalut jem coklat dn strawberi.
lunch:1/2 cawan nasi atau satu senduk nasi,satu senduk sayur,seekor ikan.
snek:1 cwn air teh bersama 1 sudu gula,2 keping biskut 

Bagi su ,satu sudu gula sudah cukup utk rasa manis,pastu su akan pastikan diri su minum 8 gelas air setiap hari tau.Su juga akan berpuasa isnin dan khamis kerana itu sunah nabi bagi mengekalkan penghadaman yg baik dlm usus.Su juga akan pastikan diri su makan banyak buah -buahan dan air susu kultur yakult.Nak tahu tak kenapa yakult,sbb yg yakult ni sangat bagus sbg penghadaman usu lagi2 org yg menghidap gastrik mcm su ni.Su dh pergi kilang yakult tu terpampang gambar scha al yahya.hahaha...

2.Bersenam
Su akan berusaha utk bersenam macam dulu ,biasanya su akan lakukan aktiviti senaman kardio utk meningkatkan tekanan dengupan jantung,su juga suka akan pilates dan plunk sbb pilates dan menjadi perut kita ramping dan kempis.Plunk juga sama tau,su juga minat basic kick boxing,work out yg su suka adalah kerusi bayangan,tekan tubi,gunting silang,dan squat kalau nengok dpn tv boleh buat squat sbb ianya mudah 15 minit pun cukup.Mak sure korang tidur cukup kalau korang rasa lapar byk minum air putih dan tidur utk lupakan makanan.

Su rasa itu sahaja warkah su utk menulis visi semua ni,su akhiri ayat su dengan ucapan assalamualaikum..