Khamis, 4 September 2014

SERASIKAN WARNA HIJAB & WAJAHMU :)

SERASIKAN   WARNA HIJAB & WAJAHMU  



KULIT CERAH
Untuk mereka yang berkulit cerah amat sesuai memilih warna hijau,merah,ungu atau levendar kerana warna-warna seperti ini boleh memberikan impak segar pada wajah si pemakai.

 
KULIT KUNING LANGSAT  
Orang yang mempunyai warna kulit ini amat bertuah kerana mereka boleh memakai warna-warna tropika seperti biru,merah jambu,kuning atau oren.Elakkan memakai warna hijau kerana muka akan kelihatan kusam.


KULIT SAWO MATANG
Warna seperti ungu,merah hati,oren,hijau atau kuning akan memperlihatkan warna kulit ini nampak lebih cerah.Elakkan memilh warna elabu atau warna yang pudar kerana akan menampakkan wajah anda kelihatan kusam.


KULIT GELAP
Elakkan memakai hijau,coklat tua atau merah hati kerana anda akan kelihatan lebih gelap.Sebaliknya,pilihlah warna-warna terang untuk menampakkan seri di wajah. 


SOLEKAN SEPANTAS 5 MINIT :)


SOLEKAN SEPANTAS 5 MINIT
Terlajak tidur hingga terlambat untuk pergi ke tempat kerja mahu pun dewan kuliah?Jika semua daralista tahu melilit selendang sepantas lima minit,kini anda perlu menambah ilmu baru iaitu solekan ringkas sepantas yang mungkin.Tidak perlu solekan tebal hingga menimbulkan rasa tidak selesa apabila berada di luar.Ketahui cara paling mudah untuk berdandan dan sudah tentu ia menjimatkan masa anda yang sudah kelam kabut itu.



#PENYAMAR NODA
Ini merupakan produk penting yang perlu ada di dalam almari alat solek anda.Terutama bagi anda yang kerap tidur lambat kerana mengulang kaji pelajaran atau pun sibuk menguruskan hal perniagaan sambilan.Lingkaran hitam di bawah mata perlu ditutup sebaik-baiknya agar wajah kelihatan lebih segar dan bermaya. 

   
#BEDAK ASAS
Langkah kedua,sapukan sedikit bedak asas pada dahi,hidung,pipi dan dagu.Kemudian,ratakan kesemuanya menggunakan tiga jari sahaja.Seelok-eloknya,gunakan bedak asas jenis cecair bagi anda yang memilik kulit yang berminyak.Ia mengandungi pigmen yang boleh bertahan sepanjang hari.Bagi wajah berjerawat,elakkan menggunakan bedak asas ini ya. 

   
#LUKISAN KENING
Jika kening anda jenis yang berterabur,seelok-eloknya kemaskan ia menggunakan berus kening yang sesuai.Anda juga boleh menggunakan pensel lukis kening yang terdapat di kedai barangan solekan.Warna coklat kelihatan lebih ceria,tetapi terpulang pada minat anda.Lukis sedikit garisan halus pada bahagian atas dan bawah kening sebelum meratakannya.Pastikan ia kelihatan kemas.


#PEMERAH PIPI
Gunakan pemerah pipi warna semulajadi dan tidak terlalu merah.Ambil berus yang sesuai dan sapukan pada pipi anda.Tip yang berkesan ialah senyum terlebih dahulu hingga menampakkan tulang pipi.Kemudian ambil berus dan sapu pemerah pipi dari bawah ke atas.Ulanginya beberapa kali sehingga mendapat kesan yang sekata.Jika tidak dilakukan berulang kali,pemerah pipi akan berada setompok sahaja iaitu hanya di satu tempat kerana ia tidak tahan lama.

   
#PEMBAYANG MATA
Ini adalah pilihan anda sendiri.Sekiranya anda suka gaya ringkas pada mata,maka tidak perlu ikuti tip ini.Untuk memberikan aura positif pada penampilan,gunakan pembaris mata di bawah mata.Anda akan kelihatan ceria dan lembut.Untuk kelihatan garang,tambahkan sahaja garisan di atas mata anda.Sapukan sedikit warna semulajadi pada kelopak mata anda.Sesuai untuk anda yang mahu ke kelas mahu pun ke pejabat.Ringkas tetapi cantik. 


#GINCU BIBIR

Akhir sekali,bibir yang pucat perlu diterangi dengan warna-warna cera gincu bibir.Terdapat pelbagai warna pilihan untuk digunakan.Warna merah sememangnya untuk anda yang berani menampilkan diri.Pilihlah warna lembut seperti rona merah jambu kerana anda akan kelihatan lebih segar.Tidak perlu warna yang terang kerana anda ingin pergi ke kuliah,bukan majlis makan malam. 


 
Ini sebahagian daripada koleksi alat solek saya.:)

 
This is my collection..