Sabtu, 27 September 2014

AIDILADHA BUKAN SEKADAR KORBAN

Assalamualaikum kepada semua darralista dan penggemar blog yg comel dan sntiasa pnuh brtenaga n brsemangat.Rasanya baru sahaja kita mnyambut hari raya Aidilfitri,kini kita akan mnyambut Hari Raya AidiLAdha a.k.a hari raya Korban.

Ramai orang kata dia sanggup brkorban.Sanggup brkorban demi cinta,berkorban demi ibu bapa,ttapi berapa ramai yg berkorban demi agama trcinta?Berapa ramai yg sanggup berkorban untuk bangun tidur melakukan solat tahajjud dan bersujud kepa-Nya?Dan berapa ramai yg snggup brkorban jiwa dan raga demi agama Islam yg suci?

Bagi Ida sendiri sebagai student Form 4,pengorbanan bermaksud mengkorbankan masa untuk menonton televisyen dan media massa semata-mata untuk study hard n smart for next month last year examination paper.Jadi Ida harap sangat-sangat korang yang masih lagi study atau student thun akhir di Universiti awam atau swasta.Kita sebagai student mesti berbuat demikian untuk berjaya.Ida berharap yang Ida dapat menjawab semua paper exam dengan baik dan betul.Semoga Allah dapat memberi petunjuk dan kebenaran kepada Ida dan kita semua.Ida ingin mengakhiri ucapan Ida dengan ucapan Waalaikumussalam w.b.t.

                                                          Konvokesyen student

Khamis, 25 September 2014

HAID TIDAK TERATUR ANTARA PUNCA MIGRAIN?

Assalamualaikum you all,hari ini Ida nak kongsikan satu segmen yang menarik bagi pengetahuan kaum hawa.Oklah harap korang suka!

SIMPTOM-SIMPTOM:

1.PRODROME
Beberapa hari sebelum migrain menyerang,awak mungkin mengalami perubahan-perubahan kecil.Antaranya ialah:
$ sembelit
$ kemurungan
$ ketagihan makanan
$ hiperaktif
$ mudah marah
$ kekakuan leher
$ menguap secara tidak terkawal

2.AURA
Kebanyakan orang akan mengalami aura yang boleh berlaku seketika,serta-merta,sebelum atau ketika sakit kepala.Tanda-tandanya termasuklah:
 * pemikiran mengelirukan atau pengalaman persepsi lampu pelik,lampu berkilauan atau berkedip
* rasa mencucuk-cucuk seperti cucukan pin dan jarum di tangan atau kaki
* bau yang tidak menyenangkan

3.SAKIT KEPALA
Sakit kepala memang simptom migrain.Ia bukan sahaja melibatkan kepala malah ada kalanya seluruh tubuhdan boleh berlanjutan sehingga 72 jam.Antara tanda-tandanya:
-phonophobia atau peka terhadap bunyi
-fotofobia atau peka terhadap cahaya
-loya atau muntah
-hidung tersumbat
-menggigil
-depresi
-dehidrasi-kebingungan

Jadi ini sahaja teks Ida untuk bulan ini.Untuk pngetahuan korang Ida akan menjalani last year exam form 4 pada 27.10.2014 jadi Ida akan berhenti dan tidak berkesempatan menulis blog.Pray for me to my best examination last year result in 2014.I hope i`ll get number 01 in class.Waalaikumussalam you all.Thank for watch my blog.

Selasa, 16 September 2014

LAWATAN KE PETROSAINS,KUALA LUMPUR

Assallam you all,Khamis yang lepas,Ida telah mengikuti lawatan sambil belajar ke KLCC.Kami bertolak ke sana pada pukul 6.50 pagi dengan menaiki bas seramai 40 orang peserta.Lebih kurang jam 9.35 pagi kami berhenti ke R&R Seremban.Di sana makanan semua mahal Ida dengan Zal,kawan Ida hanya membeli roti hotdog satu bungkus bernilai RM2.00.Kawan Ida yang lain beli jagung rebus campur krim 1 cawan polisterin RM4.00.Mahal kan!! Tapi bagi orang KL dah biasa dah harga macam tu.      


 
Tunggu bas punya pasal duduk dekat batu hitam putih.Hehehe 

Tepat jam 11.45 pagi,kita orang sampai dekat Planetarium.Dekat dalam tu ada budak U,budak Sekolah Rendah dan kitaorang.Tapi tu lah dalam tu tiada benda yang menarik sangat sebab bosan.

 
Ni picture dekat Planetarium.

Gambarnya kuning sebab lampu dekat dalam ni semua warna kuning.Ni tempat dekat dalam roket tempat diaorang baring.Nampak tak? Hehehe..Lepas kitaorang dah seronok dekat sini.Kemudian,kita orang bergerak ke Masjid as-Syakirin Kuala Lumpur.Selesa sangat tapi masuk ni dah dua kali Ida solat kat sini.First time,masa rombongan lepas UPSR solat dekat sini juga.Tapi dah masuk rumah Tuhan kali kedua yang cantik ni rasa kekok pula sebab dah lupa ruang sembahyang perempuan dekat mana.Nasib baik ada seorang hamba Allah ni tolong Ida dengan Zal tunjukkan ruang solat perempuan dekat mana  kalau tak melilau entah ke mana aje.Lepastu Ida pergi ke Suria KLCC.Kita orang makan tengah hari dekat ruang luar sebelum masuk ke dalam.Duduk dekat kawasan tetangga Cafe dekat hadapannya air pancut.It so amazing and fantastic when I was in there.Kita orang makan nasi ayam dengan air kotak laici sedap sangat!Masuk dalam Suria KLCC  naik tingkat paling atas menuju ke Petrosains perghh!! Pening sangat.For your information,Ida ni seorang yang takut tinggi entah kalau empunya diri ni berada di tempat yang amat tinggi,rasa macam diri ni nak terjun bangunan je macam nak pitam.Tapi kalau naik Rolercoaster ,flying fox Ida berani sebab ini aktiviti lasak yang Ida suka buat masa kecil lagi Ida dah selalu naik rolercoaster ayah ajak pergi Funfair tau! Lepastu masa Ida darjah 5 Ida join camp in Sek.Menengah Dato Bentara Dalam,Segamat.First time,Ida daki pokok yang sangat tinggi pokok hutan tau! Lepastu Ida turun sendiri tanpa bantuan cikgu pon.Best sangat.Sorry you all Ida tak ambil gambar dekat dalam Petrosains sebab enjoy main game science dalam ni.
Jam 5.00 petang berkumpul keluar dari KLCC.Kita orang bertolak ke Masjid Putrajaya.Sepanjang perjalanan ke Putrajaya tu traffic sesak sangat banyak kenderaan.

 

                                            Ni gambar KLCC yang kita orang ambil sendiri tau!
Sampai dekat Masjid Putrajaya,kita orang solat maghrib.Lepastu bergerak ke Alamanda,Putrajaya.It shopping time n eat time! Dekat lagilah mahal apa tidaknya branded boutique je.Such as Gucci,Alfio Raldo dan lain-lain.Ida dengan kawan-kawan pergi makan KFC dengan pak cik Ezrin sebab dia pelajar Cyberjaya jadi dekatlah dengan Alamanda.Ok itu sahaja kisah lawatan Ida ke Petrosains. Harap you all enjoy dengan cerita saya.Wssalam :)                    





       

Sabtu, 6 September 2014

SAHABAT YANG HARUS DIJAUHI :)

Assalamualaikum semua daralista,petang ini Ida akan kogsikan sedikit tip sahabat.Harap korang semua suka!!


SAHABAT YANG HARUS DIJAUHI
Setiap daripada hidup kita pasti memiliki sahabat atau rakan dalam kehidupan.Sahabat amat diperlukan sama ada masa susah atau senang.Mereka adalah tempat kita berkongsi masalah,berita gembira atau membuat keputusan.Memiliki banyak sahabat akan membuat kita begitu bahagia.Dalam persahabatan,kita harus memiliki sifat yang positif kerana jika kita atau sahabat memiliki sifat yang sebaliknya,maka hubungan tersebut akan diakhiri dengan pertelingkahan.Mari kita lihat ciri-ciri sahabat yang perlu kita jauhi.


&MEMBUKA AIB   
Jika kita sering mendengar orang bercerita yang kurang enak tentang kita  walhal kita sendiri tidak pernah bercerita kepada sesiapa kecuali sahabat kita,maka kita jauhilah dia kerana pasti dia akan membuka aib orang lain juga.


&MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Sahabat kita sering mencari kita ketika susah dan senang,tetapi tidak pernah muncul ketika kita susah dan memerlukan dia.


&SI BUSUK HATI
Sahabat yang mempunyai sifat ini tidak suka jika kita atau orang lain lebih berjaya daripadanya.Dia lebih suka melihat semua orang jatuh tersungkur dan akan menjadi batu api antara kita dan kawan-kawan yang lain.


&HIPOKRIT
Dia suka berlagak seperti seorang yang mengambil berat tentang kita,hormat dan suka memuji-muji tetapi di belakang kita,dia suka mengutuk,mencaci dan memaki.Elakkanlah berkawan dengan orang yang mempunyai sifat ini.



ALI BIN ABI THALIB R.A. PERNAH BERKATA: “SEJAHAT-JAHAT SAHABAT IALAH YG MENYURUH ENGKAU BERMUKA-MUKA DAN MEMAKSA ENGKAU MEMINTA MAAF ATAU SELALU MENCARI ALASAN.”

Jadi Ida harap korang semua renung-renungkan dan jadikan pedoman untuk diri kita.Oklah Wsallam..:)





Jumaat, 5 September 2014

SOAL JAWAB KECANTIKAN :)

Assalamualaikum you all, hari ni Ida cuti sekolah.Saya bangun pagi,sarapan,kemas rumah dan buka blog.Hari ini Ida nak bagi sedikit petu untuk korang semua.Petua ini campur ada  petua tradisional dan moden.Harap korang semua suka!!!

Bintik hitam di wajah
Gaulkan satu sudu minyak zaitun dengan sebiji telur dan kemudian sapukan pada wajah.Biarkan selama 30 minit dan kemudian cuci dengan air suam.Amalkan setiap kali sebelum tidur,kulit anda lama-kelamaan akan menjadi licin dan tegang.

Memakai bedak asas
Basahkan sedikit span wajah dan sapukan bedak menggunakan span basah tadi di wajah.Jangan sapu dalam jumlah yang terlalu banyak.Sapukan seperti biasa dan dalam beberapa minit anda akan nampak kesannya pada wajah.Sapuan tadi akan kelihatan seperti bedak asas sebenar,pilih mengikut jenis kulit dan warna kulit jika anda ingin memakai bedak asas yang sebenar.Jika anda jenis kulit muka yang berminyak ,gunakan bedak asas jenis cecair dan bukan stik.Dan pilih warna, sapukan bedak asas  tersebut di bahagian rahang wajah terlebih dahulu dan lihat kesesuaiannya pada kulit anda.

Jerawat sebelum datang bulan
Tumbuk beras bersama beberapa helai daun sirih dan campurkan sedikit air.Kemudian sapukan ke wajah sebelum tidur.Jika rajin amalkan selalu dan jerawat tidak akan muncul. 


Bau mulut
      Tumbuk lumat sepotong halia dan sesudu garam kasar,kemudian tambahkan air dan bancuh sehingga sebati.Setiap kali selepas menggosok gigi, kumur dengan air bancuhan tadi dan amalkan setiap hari.

Rambut beruban
     Masakkan satu sudu minyak kelapa dengan segenggam daun kari di atas api yang sederhana sehingga daun kari tadi hangus.Apabila daun kari sudah hangus, sejukkan minyak tadi .Anda boleh  jadikan minyak tadi  sebagai minyak rambut dan dipakai setiap hari.

Masalah sembelit
     Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak dan kisar bersama segelas air.Anda boleh minum dua kali sehari sehingga masalah anda hilang.


Mekap Cair
     Mula-mula sapu ketul ais pada wajah terlebih dahulu sebelum mengenakan sebarang produk di wajah.Ini bagi mengecilkan liang-liang roma pada wajah.Kemudian gunakan bedak asas jenis stik yang kurang berminyak.Selain itu,amalkan semburan pelembap wajah.Ia bukan sahaja berfungsi memberi kesegaran malah mengelak peluh di wajah memerangkap kotoran.
Bibir hitam
    Ambil tiga helai daun sirih dan tumbuk lumat.Kemudian ambil perahannya dan sapukan pada bibir setiap malam.Lihat hasilnya.


Hidung mancung
     Bagi anda yang berkulit kuning langsat ,warna yang sesuai di sapu pada wajah terutama bahagian mata adalah warna-warna tanah seperti warna maroon,coklat dan juga merah jambu belacan.Ia akan memberi keseimbangan pada warna kulit anda.Warna gincu yang sesuai pula seperti warnah merah hati,peach dan oren merah jambu.Tetapi pastikan disapu dengan kadar sederhana dan tidak terlalu pekat.Ini memberi ilusi mancung pada hidung anda.Gunakan pembayang untuk wajah dengan warna coklat terang.Ini tidak akan kelihatan ketara pada hidung anda tetapi menjadikan hidung anda kelihatan mancung.Gariskan di kiri dan kanan batang hidung anda.


Mata besar
     Gariskan pensel mata yang berwarna kelabu gelap untuk mengecilkan mata.Begitu juga pada bahagian bawah mata.Kemudian sapukan pembayang mata berwarna lembut dan bersifat semula jadi.Ia akan menampakkan mata anda lebih redup dan sederhana.


Rambut kering dan berkelemumur
    Gunakan minyak kelapa dara sebagai minyak rambut harian anda.Bagi rambut berkelemumur,ambil beberapa potongan limau nipis dan lumurkan di rambut.Biarkan selama 15 minit,kemudian cuci rambut dengan air bersih.Cara ini  bukan sahaja dpat mengatasi kelemumur malah membuat rambut kelihatan lembut dan bersinar.   

Ini sahaja petua yang Ida nak kongsikan.Diantara semua petua ini ada yang Ida sering gunakan.Petua ini jika diamalkan akan nampak kelainnanya.Oklah harap korang semua suka.Wassallam... :)

 
ENJOY WITH YOUR BREAKFAST AND MAKE SUNSHINE IN YOUR DAY..
  




Khamis, 4 September 2014

SERASIKAN WARNA HIJAB & WAJAHMU :)

SERASIKAN   WARNA HIJAB & WAJAHMU  



KULIT CERAH
Untuk mereka yang berkulit cerah amat sesuai memilih warna hijau,merah,ungu atau levendar kerana warna-warna seperti ini boleh memberikan impak segar pada wajah si pemakai.

 
KULIT KUNING LANGSAT  
Orang yang mempunyai warna kulit ini amat bertuah kerana mereka boleh memakai warna-warna tropika seperti biru,merah jambu,kuning atau oren.Elakkan memakai warna hijau kerana muka akan kelihatan kusam.


KULIT SAWO MATANG
Warna seperti ungu,merah hati,oren,hijau atau kuning akan memperlihatkan warna kulit ini nampak lebih cerah.Elakkan memilh warna elabu atau warna yang pudar kerana akan menampakkan wajah anda kelihatan kusam.


KULIT GELAP
Elakkan memakai hijau,coklat tua atau merah hati kerana anda akan kelihatan lebih gelap.Sebaliknya,pilihlah warna-warna terang untuk menampakkan seri di wajah. 


SOLEKAN SEPANTAS 5 MINIT :)


SOLEKAN SEPANTAS 5 MINIT
Terlajak tidur hingga terlambat untuk pergi ke tempat kerja mahu pun dewan kuliah?Jika semua daralista tahu melilit selendang sepantas lima minit,kini anda perlu menambah ilmu baru iaitu solekan ringkas sepantas yang mungkin.Tidak perlu solekan tebal hingga menimbulkan rasa tidak selesa apabila berada di luar.Ketahui cara paling mudah untuk berdandan dan sudah tentu ia menjimatkan masa anda yang sudah kelam kabut itu.



#PENYAMAR NODA
Ini merupakan produk penting yang perlu ada di dalam almari alat solek anda.Terutama bagi anda yang kerap tidur lambat kerana mengulang kaji pelajaran atau pun sibuk menguruskan hal perniagaan sambilan.Lingkaran hitam di bawah mata perlu ditutup sebaik-baiknya agar wajah kelihatan lebih segar dan bermaya. 

   
#BEDAK ASAS
Langkah kedua,sapukan sedikit bedak asas pada dahi,hidung,pipi dan dagu.Kemudian,ratakan kesemuanya menggunakan tiga jari sahaja.Seelok-eloknya,gunakan bedak asas jenis cecair bagi anda yang memilik kulit yang berminyak.Ia mengandungi pigmen yang boleh bertahan sepanjang hari.Bagi wajah berjerawat,elakkan menggunakan bedak asas ini ya. 

   
#LUKISAN KENING
Jika kening anda jenis yang berterabur,seelok-eloknya kemaskan ia menggunakan berus kening yang sesuai.Anda juga boleh menggunakan pensel lukis kening yang terdapat di kedai barangan solekan.Warna coklat kelihatan lebih ceria,tetapi terpulang pada minat anda.Lukis sedikit garisan halus pada bahagian atas dan bawah kening sebelum meratakannya.Pastikan ia kelihatan kemas.


#PEMERAH PIPI
Gunakan pemerah pipi warna semulajadi dan tidak terlalu merah.Ambil berus yang sesuai dan sapukan pada pipi anda.Tip yang berkesan ialah senyum terlebih dahulu hingga menampakkan tulang pipi.Kemudian ambil berus dan sapu pemerah pipi dari bawah ke atas.Ulanginya beberapa kali sehingga mendapat kesan yang sekata.Jika tidak dilakukan berulang kali,pemerah pipi akan berada setompok sahaja iaitu hanya di satu tempat kerana ia tidak tahan lama.

   
#PEMBAYANG MATA
Ini adalah pilihan anda sendiri.Sekiranya anda suka gaya ringkas pada mata,maka tidak perlu ikuti tip ini.Untuk memberikan aura positif pada penampilan,gunakan pembaris mata di bawah mata.Anda akan kelihatan ceria dan lembut.Untuk kelihatan garang,tambahkan sahaja garisan di atas mata anda.Sapukan sedikit warna semulajadi pada kelopak mata anda.Sesuai untuk anda yang mahu ke kelas mahu pun ke pejabat.Ringkas tetapi cantik. 


#GINCU BIBIR

Akhir sekali,bibir yang pucat perlu diterangi dengan warna-warna cera gincu bibir.Terdapat pelbagai warna pilihan untuk digunakan.Warna merah sememangnya untuk anda yang berani menampilkan diri.Pilihlah warna lembut seperti rona merah jambu kerana anda akan kelihatan lebih segar.Tidak perlu warna yang terang kerana anda ingin pergi ke kuliah,bukan majlis makan malam. 


 
Ini sebahagian daripada koleksi alat solek saya.:)

 
This is my collection..