Khamis, 21 Januari 2016

ALHAMDULILAH DENGAN RAHMATMU YA RABB

Assalamualaikum korang,alhamdulillah rasanya dh lama tk menaip blog yang tersimple ni kan.Biasalah rutin seorang ank yang digelar Along oleh ibu n ayah ni sibuk walaupun dh habis zaman persekolahannya hahaha.Rasa macam rindu kat sekolah ,para guru dan sahabat fillah yang sentiasa menjadi memori terindah di hati Su.

Korang semua apa khabar sihat,sobahul khair kpd sahabat blogger yg beragama islam.Rezeki Allah itu meluas ada saja di mana-mana cara dikehendakiNya.Biasalah kalau orang lain rasa seperti biasa tapi bagi Su ini lah rezeki yg terindah.Bulan ni ibu dpt bonus wang perkongsiannya dgn rakan perniagaan hari tu ,Su temankan ibu ke Maybank.Alhamdullilah dgn izin Allah,ibu dpt wang pinjaman bonusnya dptlah ibu menghadiahkan Su mixer machine jadi mudah lah Su nk membuat kek lepas ni pastu dpt blender baru pulak.Syukur tak terhingga rasanya.

Hari hari su sepanjang cuti di rumah tanpa kerja,hanya dipenuhi dengan perkara bermanfaat yg su lakukan utk membantu keluarga.Memandangkan Shell minyak di sini sudah dibaiki,jadinya setiap hari ayah membeli minyak di bandar.Jadi nya su bekerja pada jam8 pagi hingga 1 tengah hari kecuali hari jumaat dan sabtu sebab masatu ayah bekerja sebagai guru lesen.Tadi pagi ,su dimarahi ayah sebab lambat jaga kedai.Jadi su sedihlah jugak ,sebenarnya su tadi menyidai kain di ampaian pastu Su sapu rumah serambi sbb kotor sangat.Tu yg ayah marah."Wahai ayahku maafkanlah anakmu ini oh ayah.." Biasalah Su ni kan cepat sangat nak touching hati ni entah tk boleh kena marah,paksa,tersentuh mesti nak nangis rasanya,

Biasalah mata cepet macam anak cina hahaha...Korang esok Su nk isi borang UPU tau .Fikah ,my bestfriend jemput Su dari rumah.Malas nak bawa moto hahaha...dh lama tk bawa kekok betul lagi2 masa hantar adik ke tempat ngaji hahaha...Apapun doakan Su mendapatkan keputusan SPM 2015 yang cemerlang harap dpt 8A+ untuk ibu dan ayah sebagai hadiah yg tak terhingga sepanjang along belajar ,Ya ayah dn ibu... dan harap ,Su dpt study kt IPTA amin...

Su doakan rakan Su yg mendapat keputusan STAM 2015 hari ini sukses dan berjaya mendapat keputusan cemerlang dlm ilmu akhirat..AMIN YA ALLAH

Su rasa sampai di sini sahaja warkah su untuk hari ini.Assalamualaikum...