Rabu, 17 Jun 2015

My Graduation :)

                                                              Assalamualaikum
Penatnya tidak terkata selama 2 hari,Su dan rakan menyiapkan tugas MPV dan anugerah hari terbuka peperiksaan 1/2 tahun 2015 pada tahun ini.Su kurang menaip blog kerana semalam,Su pergi ke SMK Buloh Kasap untuk menyiapkan tugas karnival Mpv disana.Su tidak duduk melayan pelanggan di karnival ditemani Bad,Siti dan Echa untuk beri penerangan trperinci tntang pameran grafik kami.Nasib baiklah sekolah tu bagi makanan bayangkan Su hanya bawa duit wallet rm2 je.Hahaha.. tapi Su berjimat cermat.

Sampai ke sekolah,Su balik dan menyiapkan dadih sebanyak 60 cawan mini untuk hari kantin esok.Su tak jaga kedai pun sebab Su ambil anugerah penghargaan.Mula2 kedai macam tak laku je lepas tu alhamdulillah dadih Su laku.Itu pon pada harga diskaun hahaha..Mula2 ibu datang lepas tu ckp nak balik kejap tak ada kawan nak bersembang.Lebih kurang pukul 10.30 pagi kami berkumpul untuk menerima anugerah.Alhamdulillah nasib baik tak jatuh tangga habis gugup jantung rasanya.Lepas dapat anugerah tu Su terus tunggu ibu.

Beberapa minit kemudian,ibu datang apalagi Su pon terus mengajak ibu beratur bertemu guru kelas Su.Cikgu cakap lah pasal Su,yang gagal mate je.. takpe insya allah Su akan terus berusaha dalam meningkatkan prestasi akademik Su sehingga Su menjadi pelajar cemerlang.






hahaha I think that`s all from me :).Assalamualaikum..