Ahad, 20 Disember 2015

I BE POOR RIGHT NOW

                                         

Nak cerita nanti segan pula tapi trpaksa luahkan isi hati yg tersimpan ni,Su dah jadi miskin balik kena lah kumpul duit yelah ayahnak janji bayar rm4xx tu tapi sampai sekarang tak bayar kat kita tu yg         sedih ni .Just lepas beli kain pasang Nagoya je Ya Rabb tabahkanlah hati ini menepuhi dugaaan Mu. 

Kalau difikirkan boleh gila dan sakit hati oleh kerana anak sabar jelah hati tunggu bulan 01.2016 tak sabar rasanya.Dah lah katak bawah tempurung je saya sekarang ni selagi tk keluar result SPM selagi tulah dok rumah takde gaji.hahahaha :[                                                                                                     
Su rasa setakat ini jelah su boleh cerita.Assalamualaikum ..                                                                  






Rabu, 9 Disember 2015

STORY GO TO CITY :-)


,  

                                                     Assalamualaikum

Hari tu aku dan adik pergi ke OS a.k.a One Segamat Mall for girls day out!!
Jadi kami menaiki bas pada jam 10.00 am sampai ke OS pada jam 10.50 am.Mulanya aku pergi ke watsons untuk membeli apalagi kalau bukan make up.Hahaha




Moment in One Segamat Mall



                                                      Butik Peace



Berbalik kepada watsons tadi hahaha aku just beli lipstick je.


                     nilah lipstick nya..


               
veet nasib baik kau ada kalau tak masam ketiak haha


ini lagilah segala galanya bagi perempuan.


Ni pulak hahaha jangan pikir kaki saya pecah ok ni umi saya suruh beli..haha

After kami pergi ke watsons ,kami pergi ke cool blog dh dahaga pula rasanya tekak ni.Hahaha



  Ni lah dia kios cool blog .Saya pesan strawberry yoghurt blog dan adik saya order abc blog plus rainbow  jelly.Sedap tu


   

  sedapkan :P

 

Ini antara contoh flavour yang boleh didapati di cool blog


Lepastu kitaorg pergi ke cafe big apple pulak.hAHA





Kami just order biasa2 je.



JUST order 2 berry bambi and caesar`s garden untuk 3 box je...



dan 1 kotak mini big apple


lepas dah beli ni kami nk pergi leko ganu sekali dah tutup aduhhh kempunan....
alang2 tunggu bas duduk kat station bus ..pastu saya naik bas pkul 1.30 pm alhamdulillah takut tertinggal bas.haha
I think that`s all from me today.. Assalamualaikum..

Ya Rabb Now times for tawakkal tu ala Allah :-!

                                                 Assalamualaikum w.b.t
Akhirnya diri ini sudah berjaya terselamat dari menjadi mangsa SPM 2015 :-)
Rasa bersyukur kepada Ilahi kerana diri ini sudah berusia 17 tahun.Hahaha 18 belum lagi,tadi ramai ckp Su ni akak.Allah mcm nmpak tua pulak gelaran tu lagi 2 masa shopping herggghhh ingat saya ni tua sangat ke! :-[

Nasib baik lah sabar tu separuh dari iman.Anyway now I am freedom from be victim and suffer for SPM hahaha..Tapi jgn ingat merdeka je seelok-eloknya sentiasa muhasabah,istiqamah n tawakkal kpd Allah serta redha terhadap apa yg diusahakan spnjang spm dijalankan.Ingat korang itu sangat penting supaya result yg bakal keluar itu mendapat A+ semuanya amin insyaallah.Kita sama2 mendoakan agar kita sukses dunia dan akhirat insyaallah..

Seronoknya apabila berjumpa sahabatku yg sudah 2 tahun tidak dpt meluangkan masa n enjoy bersama2.haha By the way semalam kita orang lepak makan abc,laici kang,and mi goreng mamak at warung.Best nya semalam balik berhujan2 bwk moto haha.Ingatkan nak balik lambat nengok Memori Cinta Suraya.


                                                        NI lah abc special.Only rm2.00





                                                   Ni pula Laici kang.Sedap tapi not my tease


                                                   
                                           This is so tasty Omona mashita nae ..



Tak lama hujan pun turun dengan renyai ,jadi kami membuat keputusan untuk balik ke rumah.haha


That`s all from me.Assalamualaikum..:-)

Khamis, 19 November 2015

ALHAMDULILLAH SPM ONLY 3 DAYS MORE

                                                  Assalamualaikum
Syukran ya muslim n muslimah semua?Si pengarang blog tercomel ini sudah lama tidak berhujah.Dengan izin Allah s.w.t hari demi hari ,Su sudah menjalani SPM 2015 dengan selamat tanpa sebarang halangan dan musibah.Maaafkan Su sekiranya banyak kisah coretan pahit manis Su sepanjang bergelar remaja muslimah di sekolah.Apapun Su akan kemukakan cerita Su menjalani saat masuk ke dewan peperiksaan spm buat kali pertama.

Hari pertama semua student spm di Malaysia menduduki exam paper bm 1 dan bm2.Pagi2 lagi guru kami yang tersayang,Puan Maslimah menunggu dengan setia sepanjang kami menduduki exam hari tersebut.Masa mula2 melangkah kaki ke dalam dewan peperiksaan perasaan gementar dan gerun sekiranya pengawas peperiksaan kami seorang yang tegas orangnya.Terdiri dari 2 org guru wanita dan 3 guru lelaki yg menjaga dan mengawasi kami secara ketat sehinggalah 2.12.2015 nanti.

Kami fikir pengawas peperiksaan kami tegas orgnya tapi bila bergurau senda dialah org pertama yg membuat kami geli hati dengan gelagatnya.Mereka semua terdiri dari guru yg baik+agak tegas.Masa sampai sekolah ,kakitangan kerani telah menyediakan sarapan pagi kepada kami untuk dijadikan alas perut.Oleh kerana telah menjadi kebiasaan sepanjang menduduki exam,tidak hairan sekiranya su cakap yg su tk breakfast kan?Tapi sekolah lain tk tahu macam mana conditionnya.

Su rasa tu je story yg su nk share hari ni.Su tengah frust ni ada phone adik sendiri yang lebih,bukan kedekut tapi phone kita kan sapa tak marah sabar jelah ..That`s all from me today.Assalamualaikum..

Sabtu, 26 September 2015

Trial alhamdulillah. :-)

                     Assalamualaikum,
Sudah habis menghadapi trial spm 2015.Alhamdulillah dengan kuasa Tuhan yang esa,Su dpt keputusan yg cemerlang dan membanggakan ibu bapa ku.Diri yg lemah ini mampu membahagiakan hati orang tua walaupun sedikit pengorbanan  tetapi hati puteri sulung mu ini akan berusaha lebih gigih lagi bagi menyiapkan diri dengan ilmu agar mudah menjawab segala persoalan mata pelajaran yg bakal keluar pada 2 november 2015.Harap diri ini tidak lupa dengan setiap pengorbanan orang yg tersayang disisi .Dengan kesempatan iini juga su ingin mengucapkan selamat hari raya aidil adha atau raya korban.Dan selamilah hati dan jiwa sebagai seorang muslimah yg mengingati perjuangan nabi ibrahim a s yg mengorbankan anaknya.Itu sahaja warkah yg ingin su sampaikan di laman blog indah ini.Assalamualaikum w.b.t

Isnin, 31 Ogos 2015

My trial spm

             Assalamualaikum
Here i am dh lama tak bersua mengarang blog yg tercinta.Baru lepas peperiksaan trial spm pada 2 minggu yg lepas selepas exam semalam berpindah randah dari kelas A hingga ke Z .Yg paling geram result mpv dpt c+ tapi sebenarnya dpt A- kira2 balik dpt better dari hari tu cikgu salah tanda paper nya.Hari ini cuti sempena hari kemerdekaan Malaysia ke 58 .Dimana hari perjuangan tokoh tempatan iaitu Tok janggut,Datuk maharaja lela ,dol said,Datuk bahaman dan perdana menteri kita,tunku Abdul Rahman yg mengadakan rundingan di London untuk mengisytiharkan kemerdekaan negara kita di bandar hilir,melaka.Jadi sempena national day celebration ini teguhkan semangat jihad kita agar keharmonian negara dpt dikekalkan..That all from me..Selamat hari merdeka merdeka merdeka merdeka!! #salam ukhuwah dan sehati sejiwa..Assalamualaikum..

Rabu, 15 Julai 2015

SRIKANDI ISLAM:Ja'dah Ajar Anak Menjadi Pemurah

                                                      Assalamualaikum
Hidup berjiran mngajar kita erti kasih sayang,tolong menolong dan juga mnjadi seorang pemurah.Jangan kedekut menghulurkan bantuan jika jiran kamu memerlukan.Begitu juga nabi kita,Rasulullah s.a.w yg bahagia hidup brjiran dengan keluarga kecil Ja'dah Ubaid bin Tsa'labah al-Ansyariah.

Ja'dah sudah lama hidup brjiran dengan Rasulullah.Dia berkahwin dengan suami pertama sebelum bercerai dan berkahwin lagi dengan jejaka  pilihan hati ,al-Habbab bin al-Arqam.Mereka dikurniakan seorang anak lelaki yg dinamakan al-Haris.Adik-beradik Ja'dah,Amru,Afrah dan Khaulah memberi sokongan sepenuhya kepada  Ja'dah untuk berbai'ah memeluk Islam mengikut jejak langkah mereka.Hubungan mereka adik-beradik terlalu rapat dan tidak mahu ketinggalan untuk bersama menerima cahaya Islam.

Sebagai jiran yg pemurah,Ja'dah sering kali menjemput baginda bersama isterinya datang ke rumah bagi menjamu selera.Ja'dah merupakan ibu yg mulia kerana berjaya mendidik anaknya menjadi insan yg berguna kerana suka menolong orang.Anaknya,al-Haris kerap mengikut tentera Islam Berjuang di medan perang.Tenaga arjunanya tidak gentar melawan musuh hingga dapat dilihat  sendiri kemahirannya oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Hasil didikan sempurna itu juga, al-Haris  suka menolong Rasulullah terutama apabila baginda berkahwin lain.Hidup berjiran tidak boleh berkira.Selagi kita membantu jiran,selagi itu juga Allah permudahkan urusan kita.Berita perkahwinan Rasulullah  bersama Mariam al-Qabtiyah sampai ke pengetahuan anak beranak ini.Lantas  si ibu dapat merasakan perasaan isteri-isteri baginda yang lain.Sudah tentu mereka berasa cemburu apabila mengetahui suaminya berkahwin lain.

Ja'dah tidak pernah menyalahkan keadaan kerana baginyasemua yg berlaku ada hikmah disebaliknya.Dia berbincang dengan anak terunanya tentang perkara ini dan berhasrat ingin membantu baginda.Usai berbincang,al-Haris menyatakan cadangan untuk berpindah ke rumah lain dan membenarkan Rasulullah bersama isterinya  tinggal di rumah mereka.Baginda berasa terharu dengan keikhlasan pertolongan anak beranak itu.Sifat terpuji yang ada pada Ja'dah dan al-Haris perlu dijadikan ikutan.Jira yg baik akan memastikan jiran sebelahnya sentiasa dalam keadaan baik.Oleh itu jangan kedekut memberikan pertolongan anda.Assalamualaikum..



Sabtu, 11 Julai 2015

Ya Rabb,aku berserah padaMu -SPM SKOR A+

                                                Assalamualaikum
Ya Rabb,hati ini dan diri ini sudah risau setiap hari dan detik beransur pergi meninggalkan ku.SPM sudah memanggil manggil di halaman kalendar memberitahu khabar itu.Aku bermunajad kepada Mu dan berserah atas apa yang aku peroleh rezeki tetapi aku berharap bahawa aku dapat menjadi salah seorang anak jati ayahku yang tersohor kepada adik-adikku.Setiap yang aku lalui di dalam liku-liku kehidupan dari kecil sehinggalah besar.Aku tetap menganggap diri kecil ini masih digelar anak ibu dan ayah walaupun umur ku kini melonjak ke 16 tahun.

Aku tidak tahu bagaimana hidupku selepas datang ke sekolah pada bulan 3 tahun 2016 menerima keputusan SPM bersahabat tercintaku.Saat itu rebahnya separuh nyawa jika diizinkanNya mendapat keputusan yang cemerlang 5A+ dan dapat meluangkan masa bersama-sama sahabat tercinta.Di Syawal ini,aku mesti bertungkus-lumus mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan percubaan Spm dan mendapat sijil penghargaan di hari Konvoksyen Spm di sekolah.

Raya ini aku hanya ingin meluangkan masa bersama-sama keluarga dan sahabat tercinta iaitu Noorshakira Hanim bt Abd Rahman,Nur Marina Balqis bt Tumin,Nur Afiqah bt Saat,Farrah Umairah bt Mohd Lotfee dan Nur Ain Syafiqah bt Senen korang semua sentiasa dihatiku tidak pernah pudar dan hilang cinta pershabatan ini.

 
Koranglah sahabat dikala daku jatuh dan bangun..

Itulah sahaja daripada Su.Untuk warkah peperiksaan SPM.Assalamualaikum..                                             




Jumaat, 26 Jun 2015

Kalau Nak cemerlang,perlulah FOKUS

                                                             Assalamualaikum
Berjaya menjejakkan kaki ke U atau kolej,bermakna  kamu berjaya  mmpelajari sesuatu dlm perjalanan sebelumnya.Di kolej nanti,tiada bimbingan guru untuk mengajar kita cemerlang dalam cos yang dipilih.Jadi, Su nak bagi tip dan panduan bagi pelajar kuliah.

Rancang FOKUS
Merancang fokus ialah mengatur diri anda untuk fokus pada sesuatu tugasan.Hal ini kerana ada sahaja aktiviti yg akan menggoda kamu saat kamu sedang cuba fokus di dalam kuliah sama ada aktiviti sukan dan kegiatan sosial.Perancangan fokus  tidak hanya akan melatih kamu utk mensasari masa yg telah ditentukan,ttapi akan mmbantu kamu mempelajari kmahiran pngurusan masa.






Belajar Secara Berperingkat
Para mahasiswa rata2 boleh fokus tidak lebih dripada 1 jam pda kelas trtentu.Waktu rehat sangatlah penting di antara jam belajar.Suatu kajian membuktikan,jika kamu menghbiskan30 minit hingga 45 untuk belajar,maka harus diiringgi waktu rehat 10 minit.Selama rehat,korang boleh pergi berbasikal,berjoging,jalan2 atau online.Rehat pada selang waktu rbelajar akan mmbuatkan mood kamu bertambah apabila belajar tiba lagi,shingga membantu kamu lebih fokus mnyimpan maklumat secara berkesan.


 Faham Bukan Menghafal
Sering kali kamu diajar utk mngingati dan mnghafal semasa  di bangku sekolah.Belajar dan mengingat tersebut dilakukan dgn harapan agar kamu boleh mengingat saat ujian tiba.Kajian mmbuktikan,mengingat bukan cara memori otak manusia beroperasi.Temukanlah kaedah belajar yang paling sesuai utk kamu terapkan dalam rutin kuliah.Jawapannya ialah dengan cara memahami.Apabila kamu faham,maka mudahlah kamu untuk mengingat.





I think that all from me.Assalamualaikum.


Here I go

Rabu, 17 Jun 2015

My Graduation :)

                                                              Assalamualaikum
Penatnya tidak terkata selama 2 hari,Su dan rakan menyiapkan tugas MPV dan anugerah hari terbuka peperiksaan 1/2 tahun 2015 pada tahun ini.Su kurang menaip blog kerana semalam,Su pergi ke SMK Buloh Kasap untuk menyiapkan tugas karnival Mpv disana.Su tidak duduk melayan pelanggan di karnival ditemani Bad,Siti dan Echa untuk beri penerangan trperinci tntang pameran grafik kami.Nasib baiklah sekolah tu bagi makanan bayangkan Su hanya bawa duit wallet rm2 je.Hahaha.. tapi Su berjimat cermat.

Sampai ke sekolah,Su balik dan menyiapkan dadih sebanyak 60 cawan mini untuk hari kantin esok.Su tak jaga kedai pun sebab Su ambil anugerah penghargaan.Mula2 kedai macam tak laku je lepas tu alhamdulillah dadih Su laku.Itu pon pada harga diskaun hahaha..Mula2 ibu datang lepas tu ckp nak balik kejap tak ada kawan nak bersembang.Lebih kurang pukul 10.30 pagi kami berkumpul untuk menerima anugerah.Alhamdulillah nasib baik tak jatuh tangga habis gugup jantung rasanya.Lepas dapat anugerah tu Su terus tunggu ibu.

Beberapa minit kemudian,ibu datang apalagi Su pon terus mengajak ibu beratur bertemu guru kelas Su.Cikgu cakap lah pasal Su,yang gagal mate je.. takpe insya allah Su akan terus berusaha dalam meningkatkan prestasi akademik Su sehingga Su menjadi pelajar cemerlang.






hahaha I think that`s all from me :).Assalamualaikum..

 




  

Ahad, 14 Jun 2015

My wife is 16 :)

  

Assalamualaikum
Nak tahu tak kenapa titlenya mcm ni hahaha... pengatin hijau tu cuba ttngok yg perempuannya tu budak junior aku nak tahu umur dia bape.Aku cakap mesti kau tk percaya kan?Umur dia 16 tahun yg lelakinya 20 tahun.Tak kenal sebab orang Sabah,mix cina n parents dia semua cina.Ni semalam dia kahwin.Tak ade lah handsome sangat.Time cuti ni banyak kenduri kahwin.Masa datang kat rumah dia simple je weddingnya tak ada kad jemputan just ckp dekat friend dia dan jiran2 je.Macam tak percaya je dia kahwin sebab dia tak tua wey.. Su baru nak SPM tau tahun ni.                                   


Apa -apa pun Su nak ucapkan congratulation for dr.Fatin Liyana and her husband selamat diijabkabulkan.                                                                                                                            


I think that`s all from me.Assalamualaikum.. 




Rabu, 10 Jun 2015

GRANPA N NEW AUNT COME;)


                                                       Assalamualaikum      
Nasib baik ma bagi tahu yg atuk n new aunt nk datang kalau tak.Hergggmm..
As usual pagi2 lagi Su idai kain,sapu luar rumah,ajar adik lepas tu sapu ruang tamu.Lebih kurang jam 9.30 pagi tepat cerita barbie a fairy secret nak begin tak lama.Kedengaran kereta myvi berwarna biru masuk ke koridir rumah dan kemudian Assalamualaikum!!
Hahaha.. atuk datang.Dah masa ni nenek,Su n angah je yg ada.Ma pergi mesyuarat ibu2 dan ayah pergi ke kebun ada manager datang.Huh..

Semput tau apa lagi sebelum datang tu ma dah bagitau yg atuk nak datang,apalagi Su pon cepat2 sapu rumah supaya tk ada habuk.Lepas dah siap sapu tu terbongkang kejap sambil tengok cerita barbie A Fairy Secret TV3.



HAHAHA.. Ni lah storynya.I think that`s all for today...Assalamualaikum

Selasa, 9 Jun 2015

Good morning you all πŸ˜‡☕πŸͺ

                                                                  Assalamualaikum


Hahaha hari ni agak penat sedikit tapi rasa bersyukur sebab dpt bangun pagi n bersolat subuh wlaupun hari ni agak terlajak bangun.Sejak holiday job Su asyik makan je haha tk thu berat dh bape kata nk jga bdn mcm anime.

Hari ni my lovely sis,Balqis fever kasihan pula tgok dia asyik baring je.Ape tk nya smlam my ma beli Kitkat dia aje yg mkn tk berhenti dh lah kitkat tu kndungan calorynya 90klo mesti korang tk sngka kan sekeping je dh mnmbah berat badan tau.Angah pulak fast sebab gnti fast yg ramadan lepas.Ya Allah tak sangka ramadan sudah hampir tiba harap diri ini dpt mnyambutnya brsama-sama kluarga.That's all for me today Assalamualaikum.πŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸŽ€

Isnin, 8 Jun 2015

PAk UDa wedding *shahrizal n sharifah πŸ‘°πŸ’‘

                                                         Assalamualaikum
Su nk type psal wedding pak uda su mesti korang exited bila ckp psal wedding ni kan ape taknya holiday ni dkt fb asyik pic wedding2 je tmsuklah su ni haha..EHh tapi bkn su yg kahwin tpi pak uda su yg kahwin tau. Mcam macam ragam sepupu su masa kt sana. Jap su hantar pic eh..








 Cantikkan tema skrang



  
hahaha ni pic adik Balqis n my cousin,Atirah..

Penat tau tak seharian mcm org rewang dekat umah sni ,Allah je yg tahu mcmmana penatnya ingatkan tuan rumah tak yah buat ape2 tapi terpaksa buat jugak.hahaha I think that`s all from me.Assalamualaikum.                                                                                                                  


Behind the scent shahrizal n sharifahπŸ‘«πŸ’“

                                                       Assalamualaikum
Ya Rabb,penat tk terhingga rasanya bergotong-royong menyiapkan resepsi perkahwinan Pak Uda di kampung.Hanya Allah s.w.t je yg tahu betapa penatnya di kampung.Kami akan pulang ke kampung lagi pada Jumaat ini.Menjadi tuan rumah Embah Na kami.Ibu akan menjadi ketua pada hari tersebut begitu juga ayah.Semalam Su baru menolong Embah Na menghias kamar pengantin.Sesudah siap mengemas kamar,kami membersihkan dapur.Pada hari itu juga ayah,adik dan nenek pergi ke pasar malam di kampung.Ayah membeli 7 bungkus burger,3 bungkus apam balik dan 3 jenis keropok goreng.Ermm memang sedap! Sebab dah lama tk makan keropok.Hehehe....
Su harap semua resepsi wedding ni mmberi pngajaran kepada Su yg kita kena bekerjasama dlm melakukan sesuatu tugasan.Su juga harap yg sesuatu perkara yg miracle tk berlaku dalam wedding Su.Amin...That`s all from me n I hope you guys will enjoy it.Assalamualaikum.w.b.t

 
I hope my wedding will be like this.Insyallah If I meet my destiny from Allah s.w.t



WIfi oh Wifi

                                                                    Assalamualaikum
Su nak cakap ni hisshhh... sorry sebab dah lama tk menaip blog.Geramnya!! ape tknya ok fine Su boleh terima semua ni.Su nak talk sikit ade ke patut Pusat Jalur lebar Komuniti a.k.a PJK kat Felda x ni tk de perkhidmatan? Nak kata  tak ada belambak tiang WIFI terpacak kat sini.Seriously,bayangkan belambak perkhidmatan Wifi kat sini satu pon tk boleh pkai ape tknya!Tak percaya datanglah sini.I`m student at this area.Dekat sini perkhidmatan tiang Wifi dulu boleh masuk tanpa pendaftran sekarang,hemmm jgn ckap nak dpat Wifi kena daftar dlu line internet still same in the boat je.Pastu Wifi kejap ade kejap tak ade mcm angin je.
Lagi satu nak report pasal Pjk tadi dekat Felda x ni ade dua Pjk dulu,pastu lepas pjk p stu daerah ni tukar ke Pusat Intensif 1M.Mcm2 law n rural kat sini kata org tu nk on pc mesti buat kerja/assingment je nak bukak laman sosial no way! Ape ni? Kata kita dah maju tpi kenapa rural begini mesti ada.Yang stu daerah lain ni pjk nya susah nak print n fotostat pula tu.Yang pling sakit hati mcm nk pergi city pula daerah ni boleh on ape2 je tpi tk boleh print,yg lagi satu daerah ni boleh print tpi tk boleh on lman sosial plak.hissshhy... Penat deh..
Sabar jelah hamba ni dduk kt sini hbis nk beli Wifi,ayah tk mampu lagi2 sejak GST ni 6% lah katakan...That`s all from me.. Assalamualaikum..    


YA RABB,EXAM ½ TAHUN DAH BERLALU

                                                               Assalamualaikum



Sudah lama rasanya Su tidak menaip di blog ini.Rindu rasanya jika dpat meluangkan masa dengan menaip di sini.Apapun peperiksaan ptengahan tahun sudah berlalu dan Su berasa syukur kepada Ilahi kerana dapat menghabiskan smua paper tnpa halangan dan Su berkorban masa dan tenaga untuk enjoy.Su sedar bahawa sukarnya dan pelbagai cbaran dlm menjadi calon SPM 2015.Ya RABB, tenangkanlah hati kami dlm menempuh sbrang dugaan yg dihadapi dan smoga kami menjadi hamba Mu yang beriman dan berilmu.Amin.. Su doakan best friend Su yg di utara,Farrah semoga dpt mnghadapi  n mnjawab exam paper dengan tenang.Dan Su tidak akan lupa dgn sahabat jannah Su Ma,Hanim,Fieqah n Ain supaya do the best in their exam paper escpecially,addmath,physics,chemistryn biology.GOOD LUCK YOU ALL ..

Su belum dapat paper lagi Sabtu ni Su ada klas dengan cikgu Norli history subject.Penatnya Ya ALLAH Lepas Pak Uda Su akad nikah n sanding masa cuti 2 mnggu tu kalau tkde klas Su balik kampung dengan adik kt sana nk tolong embah na n embah ndut.Ibu  Su confirm busy woman masa tu apae tk ye adik Ibu nak kawin bukan orang lain Su pon tumpang sekali sibuk masa tu.Haahh habis je 2 minggu tu Su pergi SMK Buloh Kasap sebab ada pameran MPV jadi smua sekolah pergi sana n Su kena berucap haha laugh..laugh..laugh ni semua gara2 Su tk masuk kelas buat laporansukan zamrud 2015 tu yg busier dgn echa dh lah date nya 16.6 pastu Hari Kantin  Pringkat Sekolah ,Su group Merah dah mcm Masterchef pulak group merah n biru.Su buat dadih untuk pengetahuan  Student Pemanis datanglah gerai kami pasukan merah.Kami menjual dadih,kacang sambal,scraf n sticker.Marilah ramai2 datang ye!!

  
THIS IS FOR MY JANNAH BEST FRIEND

Jumaat, 8 Mei 2015

AKU MAHU KE KL

    
                                                                                   Assalamualaikum


 Nak tahu tak kenapa titlenya  macam tu.Hehehe sebenarnya hari Rabu tu on the way ke KL.Apa taknya dah lama tak bercuti.Itu pun Two day One night tau.Rindu dekat sepupu su lagi-lagi anak Mak ngah:Farhani Amani,Fadhli aula,Fauzi aula,fathi aula yg paling rindu sangat-sangat Farzani amani sebab dia baru lahir,3 bulan berat dia 2.9  kg kecil kan.Dulu masa Su baby Ibu kata Su berat 2.7 kg lagi kecilkan.Tu yang ulang-alik hospital je sebab baby kecil.
7.30 pagi-18/03
Kami bertolak ke simpang Pemanis berhentikan kenderaan sebab kami menaiki kereta Datuk  ke KL.Kami menuju ke lebuhraya Gemas lebih kurang pukul9.00 pagi.Kami berehat di R&R Seremban,N9 pukul 9.45 pagi.Seteresnya kami menereskan perjalanan ke lebuhraya PLUS.Su teruja sangat melihat bangunan Universiti Sains Islam Malaysia dan Management Science Univercity.Rupanya MSU Tu dekat highway,ermm macam mana lah student kat sana study ek?Tepat jam 12.00 p.m kami sampai ke rumah teres Mak ngah.Masa tu Pak ngah belum balik sebab dia terlibat dengan kursus perkahwinan untuk memberi ceramah.Dalam jam 4.00 petang,Pak ngah bawa aiskrim strawberi apa lagi semua parents makan aiskrim bersalut roti gardenia yg pek roti sandwich tu.
Malam dalam jam 7.00 p.m tu,Kami pergi rumah Oyang tiri,Rumahnya di Puchong.Agak jauh perjalanannya lebih kurang 8.45 p.m sampai jugak.Lepas borak-borak tu pasal wedding Pak uda bulan 6 ni.Kami menjamu selera Kfc 3 boxes,mi goreng,dengan buah oren.Lepas dah siap berbincang tu,kami bertolak pulang jam 10.00 malam.Suasana dekat KL berwarna-warni,bangunan lagak seperti giant.

Esoknya kami pulang ke Pemanis,lebih kurang pukul 9.00 pagi.Sedih sangat masa pulang tu.Mak ngah kalau boleh balik hari Sabtu.Habis teringat kawad n kerja sekolah punya pasal dah kena balik.Apa taknya kalau tak comeback home mesti around the Kl punyalah.That`s all from me.Wassalam..  

Selasa, 17 Mac 2015

I MISS YOU MY BESTIE,BFF (HAMAINFIFASU)

                          ASSALAMUALAIKUM
Sudah genap 2 tahun my bestie,Farah a.k.a Farrah Umairah binti Lotfee berpindah ke Perak negeri Utara nun jauh di sana.Su di sini sentiasa merindui kenangan  manis n pahit yg kita lakukan bersama sewaktu form 2 hinggalah form 4.Harap Farah sentiasa dalam keadaan sihat walafiat di sana dan mendapat ramai kawan seperti kami.Kau sentiasa menjadi sahabat terbaikku di dunia dan akhirat.
Untuk sahabatku Noorshakira Hanim a.k.a hanim ,kaulah teman baikku di dunia dan akhirat.Walaupun aku pernah bertelingkah dengan dirimu dahulu tetapi aku tetap anggap kau sebagai sahabat sewaktu form 2 hinggalah selamanya.Semasa engkau memberitahu bahawa ayahmu bakal pencen dari pekerjaannya dan dirimu akan berpindah.Aku berasa luluh dan terkejut dan kau telah menyatakn bahawa genap umurmu 19 tahun.Kau akan berpindah ke bandar dan tidak menetap di sini lagi.Kaulah sahabat yang pandai sekali menyampaikan sajak.
Untuk sahabatku Nur Marina Balqis a.k.a Ma,kaulah teman baikku di dunia dan akhirat.engkau gadis yg cerdik dalam subject Math dari Pmr lagi.Jika aku ada masalah yg berkaitan Math,engkau lah sahabat yg sentiasa menyelasaikan setiap masalah ini.Kaulah sahabatku yg pendiam,funny dan segalanya.
Untuk sahabatku yg tergenit sekali dari luaran sahaja begitu tetapi di dalamanmu penuh keberanian Ain Syafika a.k.a Ain,Kaulah sahabat yang sentiasa mengigatkan kami yg mana betul dan salah.Bakatmu berpidato sentiasa terserlah walaupun luaranmu genit dari pandangan orang lain tapi hatimu penuh sifat bertanggungjawab.
Untuk sahabatku yg sentiasa comel memakai jubah dan bertudung labuh Nur Afiqah a.k.a fiqah,Kau gadis yg baik hati dan rendah diri.Kini dirimu semakin menonjol dalam aspek kecemerlangan akademik di sekolah.
Untuk pengetahuan sahabatku,maafkan diriku jika ada kekurangan selepas pertukaran aku ke kelas sastera,akuberjauhan dari kalian.Tetapi jujur aku mengatakan bahawa aku  rindu kalian sahabatku selama-lamanya.Dan aku sentiasa mendoakan kecemerlangan  kamu semua,sebernarnya pertelingkahan yg berlaku diantara kita ialah sesuatu yg merapatkan hubungan kita sebagai sahabat.That`s all from me..  Wassalam.
                                        #Friendship is magic and wonderful forever n ever until Jannah

   

UJIAN PK1 `THANK YOU ALLAH

                            Assalamualaikum
Dengan lafaz alhamdulillah,Su berasa amat bersyukur di atas kurniaan Allah SWT ,Su pass semua ujian SPM PK1 kecuali BM,PSV DAN MPV tu yang tak tahu tu.Su dalam kelas paper BI AND PI,MM paling tinggi keputusannya.Tapi tak tahu dapat kedudukan ke -berapa dalam kelas dan tingkatan.
 BAHASA INGGERIS:70%
PENDIDIKAN ISLAM:70%
SAINS:65%
SEJARAH:62%
MATEMATIK:50%
That`s all from me,Su harap kamu semua pembaca blog akan doakan untuk success in academic n SPM 2015.Su dah cakap dengan Ibu Su yg sambutan perayaan aidilfitri bagi Su tahun ni simple je.Su tahun ni baju raya kalau tiada halangan 3 pasang kurung moden tapi tempah fesyen untuk raya ni tahun lepas punya sangat cantik.2 pasang baju raya dan 1 pasang baju konvokesyen sekolah.Sebenarnya baju convo tu yg paling special and elegant because tuttt (secret).Nanti lah ya lepas convo Su amik gambar Su okey with my bestie HAMAINFIFASU Hanim,Ma,Fiqah and Ain ,ermm Farah dah tak ada ehhhh bukan pass away okey kita orang sayang kamu,farah.Itu sahaja Wassalam..