Rabu, 26 Disember 2012

hana!!!! cameron

Hai dan salam buat smua pada hariini aku telah bertolak ke rumah mak usu di Koyan,Kuala Lipis,Pahang untuk pergi ke cameron highlands selama tiga hari.

Kami sekeluarga telah bangun awal pada pukul enam pagi.Ayah ingin menghantar kami ke Keratong kerana kami menaiki kereta datuk.Ayah dan nenek tidak pergi disebabkan orang tukang kerja untuk menyiapkan rumah baru kami .Itupun hasil dari titik peluh keluarga.

Masa pantas berlalu, akhirnya kami menaiki kereta atuk untuk ke destinasi.Kemudian aku dan adik banyak kali mual dan muntah -muntah baru berangan pergi sana macam kak Najwa Latif tetapi hajat tak kesampaian.Tidak lama ,kami tiba ke destinasi.Hari pertama kami hanya berehat saja akibat kepenatan dalam perjalanan.Esoknya kami duduk dirumah,petang kami mula bersiap pergi ke pasar malam di Kuala Lipis.Ramai orang disana.Kami menaiki kereta Pak usu dan tumpang di masjid. 

 

Malamnya,kami pulang dengan keadaan yang sangat keletihan.Esoknya tibalah aku dan keluarga pergi ke Cameron Highlands.Keadaan disana sangat sejuk seperti salji di Korea.Aku pula rasa nak buang air apabila terlalu sejuk.Kami berhenti di Strawberry Park.Kami menjamu selera sebentar.Aku membeli chesse cake strawberry dan sandwich sardine yang sangat sedap.Kami bergambar keluarga sambil makan gula kapas. 

 

Seterusnya kami ke tamn bunga Strawbery Park.Beg tangan disana cantik dan harganya berpatutan.Bunga-bunga disana harum dan mekar.Kami pergi ke pasarnya,ibu membeli buah kering strawberi.Aku dan adik sudah terpegun dengan cepat menyapai tangan membeli baju disana.Aku sepasang dan adik sepasang.Sesampai di pasar kami membeli buah strawberi ,teh strawberi dan rantai kunci yang cantik.Harnya murah dan berpatutan.

Akhirnya kami balik dengan kepenatan, ibu menyuruh aku dan adik bersiap untuk pulang pada esok hari.Inilah kenangan yang takkan kulupakan.Aku akhiri blog ucapanku ini dengan serangkap pantun;

        Dot com sudah menjadi budaya,

           Menulis blog siang dan malam,

       Andai tersasur menutur kata,

                Harap jangan tuan berdendam,........WASALLAM.....:)





GAMBAR DI STRAWBERRY PARK:)....