Isnin, 1 Disember 2014

JEMU MINUM AIR MASAK??

Assalamualaikum dan salam sejahtera anda semua,
Hari ini       air karbonat atau minuman manis kerana lagi sedap dan terbaik, kan ??
Pelbagai jenis minuman lain yg sihat, murah n korang boleh buat sndiri di rumah such as JUS OREN, SUSU COKLAT, TEH HITAM, TEH HIJAU DAN   SEBAGAINYA.
1. ORANGE JUS    
Oren mmang famous dgan kndungan vitamin C yg brguna untuk tubuh manusia.Antioksidan pda jus oren mmbantu mlindungi jantung dripada radang yg mnyebabkan krosakan pada pmbuluh darah.Sesiapa yg minum jus oren ni after lunch/breakfast or dinner akan mndapat lebih zat besi dn ini mrupakan  good news untuk mreka yg mnghidap anaemia a.k.a kurang zat besi.Selain itu,vitamin Cnya dapat mncantikkan kulit korang dan improve your broken  skin cel.
2.SUSU COKLAT

Siapa yg berdekatan Dunia ni yg Akan ckap "Saya don` t seperti coklat" Ida pon suka coklat tau TPI tklah bnyak sbb jaga badan ni Klau tk raya depan tk dpat memakai   Memberikan ANDA tnaga LUAR Biasa kemudian bnyak gmbar atlit yg kluar kan bahawa mengapa kita perlu minum Milo untuk kami healthy.Ada JUGA Kajian yg menunjukkan bahawa bancuhan susu coklat ni mngandungi 20  

HAHAHA ni foto dok umah 


C


I`M SO BORED N DON`T HAVE ANY JOB AT HOME

     Assalamualaikum you all, rasanya dah lama dah tak log in blog yg tk berapa berpngalaman ni.Alhamdulillah dekat berkat kesabaran Ida, Ida berjaya sekali lagi mendapat kedudukan no.2 dlam kelas sastera dan gred exam last year pon not bad except mate mode n sains je yg corot sbb dapat D yg lain smua baik.OkAY today Ida nak share pngalaman Ida spanjang mencari job dekat Segamat ni, cause Ida bored duduk rumah so I want to got a job and want to be my sweet experience n memories tapi takdir tidak mngizinkan Ida tak dpat job lagi blom ada panggilan.
Pada 7:44 / 2014/11/22
 Ida salam my pa n ma dan menaiki bas berseorangan tpi oleh krana hari itu bas lambat agak frust tunggu kat rumah lama so bentak vs bored sikit, naik bas bayar n tk lama my friend, Zal naik bas juga sbb Ida cari job dengan dia and today the our first destination is OS Mall in Segamat.Ida penat sangat mintak job tahap 1 hingga 3 tapi yg isi borang pun dekat Popular tpi malamnya tak ada pnggilan satu pon, yg pling frust sekali time masuk Uo smpai masuk office dia lastly pengurus dia kate nak amik budak umur 18 thun.Mula2 kitaorg brhnti dkat dataran sbb nk breakfast kjap pkul 10 pagi Rejinah baru buka alih2 tulis nama n no.phone.
 Pada 07:30 / 23.11.014
 Sperti biasa naik bas tapi today tempat kitaorg Nirwana n taman yayasn tpi itu pon tk dapat job Isi borang pasaran borong je hngga hari ini panggilannya tiada. } As a conclusion, Ida tk nak cri job lagi tpi klau bored sngat after exam spm 2015 ida akan cri job in jakel n msuk kuim dan amik cos kejururawatan pringkat diploma okey i will success n be good girl to my pa n ma in my last spm academic i wish that i will score A in subject mate mode n sains.Okey that all bye. ..assalamualaikum ..      

Selasa, 25 November 2014

ANEKA RAGAM FESYEN TERUS WARNAI 2014

ANEKA RAGAM FESYEN TERUS WARNAI 2014

Assalamualaikum kepada semua pembaca n pengemar blog dan juga si gadis hijabi or daralista.Hari ini Ida akan mnyampaikan tajuk yang best sekali untuk korang harap you all enjoy:)

Suku daripada prjalanan 2014 telah berlalu.Dalam kesamaran,apakah trend fesyen yang akan terus muncul skaligus mewarnai tahun 2014?Kebanyakkannya banyak dripada stail yg diperagakan di pentas peragaan dan diubah agar lebih bersesuaian dengan gaya jalanan.Atau dalam kata lain,boleh digayakan oleh smua orang.Jom tengok apakah trend fesyen 2014 yang boleh dicuba.

      ;  PRETTY PASTELS
Untuk mmahami konsep ini,bayangkan sahaja warna-warni cantik pelangi.Apa yg menariknya tentang trend pastel?Apa sahaja yg mnarik tntang dikombinasikan  tanpa perlu kusut memikirkan adakah ia berpadan.Biar apa pun wrnanya,ia akan menyerlahkan sisi lembut dan gembira.

 BOXY,CROPPED(NON MOTO)JACKETS
Benar! Ramai yg menganggap moto jaket hanya sesuai untuk musim tertentu tetapi tiada salahnya jika menambah satu lagi jaket jenis ini ke dalam wardrobe.Direka longgar coraknya mungkin boleh sama dengan baju bhagian dalam yg disarungkan atau sebaliknya.Tekstur jaket ini memudahkannya dipadankan dengan baju bahagian dalam,sama ada mngikut tubuh,blaus,skirt formal atau pun jean santai.Tidak salah untuk si gadis memiliki jaket lebih drpada satu,bukan?

 WIDE-LEG TROUSERS
Mudah disarungkan dan nmpak ultra-chic.Seluar kembang ini trnyata mnjadi pilihan ramai pereka hebat di pentas peragaan untuk tahun ini.Saya tahu apa yang awak fikirkan.Seluar ini hanya sesuai untuk mereka yang tinggi bak supermodel,bukan?Like me,I am 158 cm taller than my all friend.Hehehe perasaan..Ia akan memberikan impak bentuk badan yg lebih tinggi.

SWEATER DRESSING
Penggayaan trend fabrik sweater tidak terhad di negara sejuk,sbaliknya mudah mrebak ke Malaysia.Bezanya ia lebih nipis dan coraknya juga kasual.Rasanya trend ini tidak terlalu janggal dilihat kerana ramai di antara remaja skarang yg terpengaruh dengan fesyen selebriti K-Pop.Juga direka dalamnya tanpa corak,trend ini adalah koleksi yg sesuai dpadankan dgan apa jua jenis seluar,skirt ataupun blaus pendek.   

THE SHIFT BLOUSE
Lebih kurang sama seperti versi tshirt,shift blouse ini sbenarnya mudah(ttapi lebih sofistikated!).Bahagian lengannya terhad pada paras siku dan mengembang bgi mnampakkanya lebih versatil.Agar lebih menarik dgan bberapa perician sperti corak yang lain daripada kbiasaan atau tekstur yg mahal.

Harap korang semua suka n have fun baca artikel blog Ida kali ini.Hope you all will always support me for get a good result and get many A+ for my subject in my class.OkEY SEE YOU NEXT TIME,saya akan menghabiskan ucapan saya dgan Waalaikumussalam w.b.t.

                                                           SALAH SATU BAJU SAYA ;)


SEPANJANG HARI DENGAN SHILLS BRIGHT ME!

% Instant Hair Removal Mousse(RM 79) bertindak mlarutkan bulu roma dengan snang tanpa menyakinkan dalam masa 5 minit sahaja! Diperkaya dengan bahan semula jadi sperti ekstra susu soya dan aloe vera(melegakan kerengsaan),produk ini mlindungi,melembapkan dan mnyegarkan semula kulit tanpa rasa kesakitan,wlaupun kulit snsetif.Urut perlahan-lhan dan biarkan slama 5 minit atau lbih dan bilas dengan air suam.Sungguh mudah!Bulu roma anda akan hilang dalam bbrapa minit.
•%White Lotion(RM79) brtindak sbagai losen pnyegar badan smbil mncerahkan dan mnyerikan kulit bawah lengan,blakang,payudara, dan zon bikini/pakaian dalam.Berasaskan bhan susu kacang soya smula jadi,losen ini mlicinkan pori2 yg kasar slepas bulu roma ditanggalkan,mlembapkan kulit,dan mlambatkan prtumbuhan smula bulu roma.
•Gentle Exfoliating Scrub(RM65).Lulur lembut lagi halus ini mnanggalkan sel kulit mati  di bwah lengan n dada korang.Ia mncerahkan kulit,mningkatkan tahap kelembapan dan mmbaiki keanjalan kulit.Bahan sperti tmbahan protein soya terhidrolisis,ekstra gingko,ekstra gingko,ekstra aloe vera n ekstra serbuk herba pueraria mirifica mmbantu mnghaluskan pori2,mngimbangkan kulit sensitif dan mmbaiki keanjalan kulit.






Sabtu, 27 September 2014

AIDILADHA BUKAN SEKADAR KORBAN

Assalamualaikum kepada semua darralista dan penggemar blog yg comel dan sntiasa pnuh brtenaga n brsemangat.Rasanya baru sahaja kita mnyambut hari raya Aidilfitri,kini kita akan mnyambut Hari Raya AidiLAdha a.k.a hari raya Korban.

Ramai orang kata dia sanggup brkorban.Sanggup brkorban demi cinta,berkorban demi ibu bapa,ttapi berapa ramai yg berkorban demi agama trcinta?Berapa ramai yg sanggup berkorban untuk bangun tidur melakukan solat tahajjud dan bersujud kepa-Nya?Dan berapa ramai yg snggup brkorban jiwa dan raga demi agama Islam yg suci?

Bagi Ida sendiri sebagai student Form 4,pengorbanan bermaksud mengkorbankan masa untuk menonton televisyen dan media massa semata-mata untuk study hard n smart for next month last year examination paper.Jadi Ida harap sangat-sangat korang yang masih lagi study atau student thun akhir di Universiti awam atau swasta.Kita sebagai student mesti berbuat demikian untuk berjaya.Ida berharap yang Ida dapat menjawab semua paper exam dengan baik dan betul.Semoga Allah dapat memberi petunjuk dan kebenaran kepada Ida dan kita semua.Ida ingin mengakhiri ucapan Ida dengan ucapan Waalaikumussalam w.b.t.

                                                          Konvokesyen student

Khamis, 25 September 2014

HAID TIDAK TERATUR ANTARA PUNCA MIGRAIN?

Assalamualaikum you all,hari ini Ida nak kongsikan satu segmen yang menarik bagi pengetahuan kaum hawa.Oklah harap korang suka!

SIMPTOM-SIMPTOM:

1.PRODROME
Beberapa hari sebelum migrain menyerang,awak mungkin mengalami perubahan-perubahan kecil.Antaranya ialah:
$ sembelit
$ kemurungan
$ ketagihan makanan
$ hiperaktif
$ mudah marah
$ kekakuan leher
$ menguap secara tidak terkawal

2.AURA
Kebanyakan orang akan mengalami aura yang boleh berlaku seketika,serta-merta,sebelum atau ketika sakit kepala.Tanda-tandanya termasuklah:
 * pemikiran mengelirukan atau pengalaman persepsi lampu pelik,lampu berkilauan atau berkedip
* rasa mencucuk-cucuk seperti cucukan pin dan jarum di tangan atau kaki
* bau yang tidak menyenangkan

3.SAKIT KEPALA
Sakit kepala memang simptom migrain.Ia bukan sahaja melibatkan kepala malah ada kalanya seluruh tubuhdan boleh berlanjutan sehingga 72 jam.Antara tanda-tandanya:
-phonophobia atau peka terhadap bunyi
-fotofobia atau peka terhadap cahaya
-loya atau muntah
-hidung tersumbat
-menggigil
-depresi
-dehidrasi-kebingungan

Jadi ini sahaja teks Ida untuk bulan ini.Untuk pngetahuan korang Ida akan menjalani last year exam form 4 pada 27.10.2014 jadi Ida akan berhenti dan tidak berkesempatan menulis blog.Pray for me to my best examination last year result in 2014.I hope i`ll get number 01 in class.Waalaikumussalam you all.Thank for watch my blog.

Selasa, 16 September 2014

LAWATAN KE PETROSAINS,KUALA LUMPUR

Assallam you all,Khamis yang lepas,Ida telah mengikuti lawatan sambil belajar ke KLCC.Kami bertolak ke sana pada pukul 6.50 pagi dengan menaiki bas seramai 40 orang peserta.Lebih kurang jam 9.35 pagi kami berhenti ke R&R Seremban.Di sana makanan semua mahal Ida dengan Zal,kawan Ida hanya membeli roti hotdog satu bungkus bernilai RM2.00.Kawan Ida yang lain beli jagung rebus campur krim 1 cawan polisterin RM4.00.Mahal kan!! Tapi bagi orang KL dah biasa dah harga macam tu.      


 
Tunggu bas punya pasal duduk dekat batu hitam putih.Hehehe 

Tepat jam 11.45 pagi,kita orang sampai dekat Planetarium.Dekat dalam tu ada budak U,budak Sekolah Rendah dan kitaorang.Tapi tu lah dalam tu tiada benda yang menarik sangat sebab bosan.

 
Ni picture dekat Planetarium.

Gambarnya kuning sebab lampu dekat dalam ni semua warna kuning.Ni tempat dekat dalam roket tempat diaorang baring.Nampak tak? Hehehe..Lepas kitaorang dah seronok dekat sini.Kemudian,kita orang bergerak ke Masjid as-Syakirin Kuala Lumpur.Selesa sangat tapi masuk ni dah dua kali Ida solat kat sini.First time,masa rombongan lepas UPSR solat dekat sini juga.Tapi dah masuk rumah Tuhan kali kedua yang cantik ni rasa kekok pula sebab dah lupa ruang sembahyang perempuan dekat mana.Nasib baik ada seorang hamba Allah ni tolong Ida dengan Zal tunjukkan ruang solat perempuan dekat mana  kalau tak melilau entah ke mana aje.Lepastu Ida pergi ke Suria KLCC.Kita orang makan tengah hari dekat ruang luar sebelum masuk ke dalam.Duduk dekat kawasan tetangga Cafe dekat hadapannya air pancut.It so amazing and fantastic when I was in there.Kita orang makan nasi ayam dengan air kotak laici sedap sangat!Masuk dalam Suria KLCC  naik tingkat paling atas menuju ke Petrosains perghh!! Pening sangat.For your information,Ida ni seorang yang takut tinggi entah kalau empunya diri ni berada di tempat yang amat tinggi,rasa macam diri ni nak terjun bangunan je macam nak pitam.Tapi kalau naik Rolercoaster ,flying fox Ida berani sebab ini aktiviti lasak yang Ida suka buat masa kecil lagi Ida dah selalu naik rolercoaster ayah ajak pergi Funfair tau! Lepastu masa Ida darjah 5 Ida join camp in Sek.Menengah Dato Bentara Dalam,Segamat.First time,Ida daki pokok yang sangat tinggi pokok hutan tau! Lepastu Ida turun sendiri tanpa bantuan cikgu pon.Best sangat.Sorry you all Ida tak ambil gambar dekat dalam Petrosains sebab enjoy main game science dalam ni.
Jam 5.00 petang berkumpul keluar dari KLCC.Kita orang bertolak ke Masjid Putrajaya.Sepanjang perjalanan ke Putrajaya tu traffic sesak sangat banyak kenderaan.

 

                                            Ni gambar KLCC yang kita orang ambil sendiri tau!
Sampai dekat Masjid Putrajaya,kita orang solat maghrib.Lepastu bergerak ke Alamanda,Putrajaya.It shopping time n eat time! Dekat lagilah mahal apa tidaknya branded boutique je.Such as Gucci,Alfio Raldo dan lain-lain.Ida dengan kawan-kawan pergi makan KFC dengan pak cik Ezrin sebab dia pelajar Cyberjaya jadi dekatlah dengan Alamanda.Ok itu sahaja kisah lawatan Ida ke Petrosains. Harap you all enjoy dengan cerita saya.Wssalam :)                    





       

Sabtu, 6 September 2014

SAHABAT YANG HARUS DIJAUHI :)

Assalamualaikum semua daralista,petang ini Ida akan kogsikan sedikit tip sahabat.Harap korang semua suka!!


SAHABAT YANG HARUS DIJAUHI
Setiap daripada hidup kita pasti memiliki sahabat atau rakan dalam kehidupan.Sahabat amat diperlukan sama ada masa susah atau senang.Mereka adalah tempat kita berkongsi masalah,berita gembira atau membuat keputusan.Memiliki banyak sahabat akan membuat kita begitu bahagia.Dalam persahabatan,kita harus memiliki sifat yang positif kerana jika kita atau sahabat memiliki sifat yang sebaliknya,maka hubungan tersebut akan diakhiri dengan pertelingkahan.Mari kita lihat ciri-ciri sahabat yang perlu kita jauhi.


&MEMBUKA AIB   
Jika kita sering mendengar orang bercerita yang kurang enak tentang kita  walhal kita sendiri tidak pernah bercerita kepada sesiapa kecuali sahabat kita,maka kita jauhilah dia kerana pasti dia akan membuka aib orang lain juga.


&MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Sahabat kita sering mencari kita ketika susah dan senang,tetapi tidak pernah muncul ketika kita susah dan memerlukan dia.


&SI BUSUK HATI
Sahabat yang mempunyai sifat ini tidak suka jika kita atau orang lain lebih berjaya daripadanya.Dia lebih suka melihat semua orang jatuh tersungkur dan akan menjadi batu api antara kita dan kawan-kawan yang lain.


&HIPOKRIT
Dia suka berlagak seperti seorang yang mengambil berat tentang kita,hormat dan suka memuji-muji tetapi di belakang kita,dia suka mengutuk,mencaci dan memaki.Elakkanlah berkawan dengan orang yang mempunyai sifat ini.



ALI BIN ABI THALIB R.A. PERNAH BERKATA: “SEJAHAT-JAHAT SAHABAT IALAH YG MENYURUH ENGKAU BERMUKA-MUKA DAN MEMAKSA ENGKAU MEMINTA MAAF ATAU SELALU MENCARI ALASAN.”

Jadi Ida harap korang semua renung-renungkan dan jadikan pedoman untuk diri kita.Oklah Wsallam..:)





Jumaat, 5 September 2014

SOAL JAWAB KECANTIKAN :)

Assalamualaikum you all, hari ni Ida cuti sekolah.Saya bangun pagi,sarapan,kemas rumah dan buka blog.Hari ini Ida nak bagi sedikit petu untuk korang semua.Petua ini campur ada  petua tradisional dan moden.Harap korang semua suka!!!

Bintik hitam di wajah
Gaulkan satu sudu minyak zaitun dengan sebiji telur dan kemudian sapukan pada wajah.Biarkan selama 30 minit dan kemudian cuci dengan air suam.Amalkan setiap kali sebelum tidur,kulit anda lama-kelamaan akan menjadi licin dan tegang.

Memakai bedak asas
Basahkan sedikit span wajah dan sapukan bedak menggunakan span basah tadi di wajah.Jangan sapu dalam jumlah yang terlalu banyak.Sapukan seperti biasa dan dalam beberapa minit anda akan nampak kesannya pada wajah.Sapuan tadi akan kelihatan seperti bedak asas sebenar,pilih mengikut jenis kulit dan warna kulit jika anda ingin memakai bedak asas yang sebenar.Jika anda jenis kulit muka yang berminyak ,gunakan bedak asas jenis cecair dan bukan stik.Dan pilih warna, sapukan bedak asas  tersebut di bahagian rahang wajah terlebih dahulu dan lihat kesesuaiannya pada kulit anda.

Jerawat sebelum datang bulan
Tumbuk beras bersama beberapa helai daun sirih dan campurkan sedikit air.Kemudian sapukan ke wajah sebelum tidur.Jika rajin amalkan selalu dan jerawat tidak akan muncul. 


Bau mulut
      Tumbuk lumat sepotong halia dan sesudu garam kasar,kemudian tambahkan air dan bancuh sehingga sebati.Setiap kali selepas menggosok gigi, kumur dengan air bancuhan tadi dan amalkan setiap hari.

Rambut beruban
     Masakkan satu sudu minyak kelapa dengan segenggam daun kari di atas api yang sederhana sehingga daun kari tadi hangus.Apabila daun kari sudah hangus, sejukkan minyak tadi .Anda boleh  jadikan minyak tadi  sebagai minyak rambut dan dipakai setiap hari.

Masalah sembelit
     Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak dan kisar bersama segelas air.Anda boleh minum dua kali sehari sehingga masalah anda hilang.


Mekap Cair
     Mula-mula sapu ketul ais pada wajah terlebih dahulu sebelum mengenakan sebarang produk di wajah.Ini bagi mengecilkan liang-liang roma pada wajah.Kemudian gunakan bedak asas jenis stik yang kurang berminyak.Selain itu,amalkan semburan pelembap wajah.Ia bukan sahaja berfungsi memberi kesegaran malah mengelak peluh di wajah memerangkap kotoran.
Bibir hitam
    Ambil tiga helai daun sirih dan tumbuk lumat.Kemudian ambil perahannya dan sapukan pada bibir setiap malam.Lihat hasilnya.


Hidung mancung
     Bagi anda yang berkulit kuning langsat ,warna yang sesuai di sapu pada wajah terutama bahagian mata adalah warna-warna tanah seperti warna maroon,coklat dan juga merah jambu belacan.Ia akan memberi keseimbangan pada warna kulit anda.Warna gincu yang sesuai pula seperti warnah merah hati,peach dan oren merah jambu.Tetapi pastikan disapu dengan kadar sederhana dan tidak terlalu pekat.Ini memberi ilusi mancung pada hidung anda.Gunakan pembayang untuk wajah dengan warna coklat terang.Ini tidak akan kelihatan ketara pada hidung anda tetapi menjadikan hidung anda kelihatan mancung.Gariskan di kiri dan kanan batang hidung anda.


Mata besar
     Gariskan pensel mata yang berwarna kelabu gelap untuk mengecilkan mata.Begitu juga pada bahagian bawah mata.Kemudian sapukan pembayang mata berwarna lembut dan bersifat semula jadi.Ia akan menampakkan mata anda lebih redup dan sederhana.


Rambut kering dan berkelemumur
    Gunakan minyak kelapa dara sebagai minyak rambut harian anda.Bagi rambut berkelemumur,ambil beberapa potongan limau nipis dan lumurkan di rambut.Biarkan selama 15 minit,kemudian cuci rambut dengan air bersih.Cara ini  bukan sahaja dpat mengatasi kelemumur malah membuat rambut kelihatan lembut dan bersinar.   

Ini sahaja petua yang Ida nak kongsikan.Diantara semua petua ini ada yang Ida sering gunakan.Petua ini jika diamalkan akan nampak kelainnanya.Oklah harap korang semua suka.Wassallam... :)

 
ENJOY WITH YOUR BREAKFAST AND MAKE SUNSHINE IN YOUR DAY..
  




Khamis, 4 September 2014

SERASIKAN WARNA HIJAB & WAJAHMU :)

SERASIKAN   WARNA HIJAB & WAJAHMU  



KULIT CERAH
Untuk mereka yang berkulit cerah amat sesuai memilih warna hijau,merah,ungu atau levendar kerana warna-warna seperti ini boleh memberikan impak segar pada wajah si pemakai.

 
KULIT KUNING LANGSAT  
Orang yang mempunyai warna kulit ini amat bertuah kerana mereka boleh memakai warna-warna tropika seperti biru,merah jambu,kuning atau oren.Elakkan memakai warna hijau kerana muka akan kelihatan kusam.


KULIT SAWO MATANG
Warna seperti ungu,merah hati,oren,hijau atau kuning akan memperlihatkan warna kulit ini nampak lebih cerah.Elakkan memilh warna elabu atau warna yang pudar kerana akan menampakkan wajah anda kelihatan kusam.


KULIT GELAP
Elakkan memakai hijau,coklat tua atau merah hati kerana anda akan kelihatan lebih gelap.Sebaliknya,pilihlah warna-warna terang untuk menampakkan seri di wajah. 


SOLEKAN SEPANTAS 5 MINIT :)


SOLEKAN SEPANTAS 5 MINIT
Terlajak tidur hingga terlambat untuk pergi ke tempat kerja mahu pun dewan kuliah?Jika semua daralista tahu melilit selendang sepantas lima minit,kini anda perlu menambah ilmu baru iaitu solekan ringkas sepantas yang mungkin.Tidak perlu solekan tebal hingga menimbulkan rasa tidak selesa apabila berada di luar.Ketahui cara paling mudah untuk berdandan dan sudah tentu ia menjimatkan masa anda yang sudah kelam kabut itu.



#PENYAMAR NODA
Ini merupakan produk penting yang perlu ada di dalam almari alat solek anda.Terutama bagi anda yang kerap tidur lambat kerana mengulang kaji pelajaran atau pun sibuk menguruskan hal perniagaan sambilan.Lingkaran hitam di bawah mata perlu ditutup sebaik-baiknya agar wajah kelihatan lebih segar dan bermaya. 

   
#BEDAK ASAS
Langkah kedua,sapukan sedikit bedak asas pada dahi,hidung,pipi dan dagu.Kemudian,ratakan kesemuanya menggunakan tiga jari sahaja.Seelok-eloknya,gunakan bedak asas jenis cecair bagi anda yang memilik kulit yang berminyak.Ia mengandungi pigmen yang boleh bertahan sepanjang hari.Bagi wajah berjerawat,elakkan menggunakan bedak asas ini ya. 

   
#LUKISAN KENING
Jika kening anda jenis yang berterabur,seelok-eloknya kemaskan ia menggunakan berus kening yang sesuai.Anda juga boleh menggunakan pensel lukis kening yang terdapat di kedai barangan solekan.Warna coklat kelihatan lebih ceria,tetapi terpulang pada minat anda.Lukis sedikit garisan halus pada bahagian atas dan bawah kening sebelum meratakannya.Pastikan ia kelihatan kemas.


#PEMERAH PIPI
Gunakan pemerah pipi warna semulajadi dan tidak terlalu merah.Ambil berus yang sesuai dan sapukan pada pipi anda.Tip yang berkesan ialah senyum terlebih dahulu hingga menampakkan tulang pipi.Kemudian ambil berus dan sapu pemerah pipi dari bawah ke atas.Ulanginya beberapa kali sehingga mendapat kesan yang sekata.Jika tidak dilakukan berulang kali,pemerah pipi akan berada setompok sahaja iaitu hanya di satu tempat kerana ia tidak tahan lama.

   
#PEMBAYANG MATA
Ini adalah pilihan anda sendiri.Sekiranya anda suka gaya ringkas pada mata,maka tidak perlu ikuti tip ini.Untuk memberikan aura positif pada penampilan,gunakan pembaris mata di bawah mata.Anda akan kelihatan ceria dan lembut.Untuk kelihatan garang,tambahkan sahaja garisan di atas mata anda.Sapukan sedikit warna semulajadi pada kelopak mata anda.Sesuai untuk anda yang mahu ke kelas mahu pun ke pejabat.Ringkas tetapi cantik. 


#GINCU BIBIR

Akhir sekali,bibir yang pucat perlu diterangi dengan warna-warna cera gincu bibir.Terdapat pelbagai warna pilihan untuk digunakan.Warna merah sememangnya untuk anda yang berani menampilkan diri.Pilihlah warna lembut seperti rona merah jambu kerana anda akan kelihatan lebih segar.Tidak perlu warna yang terang kerana anda ingin pergi ke kuliah,bukan majlis makan malam. 


 
Ini sebahagian daripada koleksi alat solek saya.:)

 
This is my collection..