Ahad, 30 Disember 2012

OH RENUNGAN?;-)

Renungan kalendar dengan pancaindera yang dikurnia Ilahi dan kudrat kaum hawa yang sedia ada dapat lagi diri ini melihat dunia yang indah.Hai,dan salam untuk pembuka bicara.Nampaknya aku dan adik akan kembali berdaftar ke sekolah seperti.Mungkin adik adik yang lain mesti kesibukan dengan kerja sekolah yang banyak aku pun begitu.Walhal aku akan menduduki PMR kerana aku dan rakan seperjuangan adalah akhir Pmr pada tahun kami.Mungkin susah bagi mereka yang tidak berpeluang untuk menduduki Pmr.Sebagai contoh,susah bila adik adik yang tidak menduduki PMR kerana susah bagi mendapat kerja.Jadi aku tidak akan buang masa dan yang lainnya sentiasa peroleh ilmu.Semalam di naskah Metro Harian, di Delhi banyak kes rogol telah timbul bagi kaum hawa kerana apakan daya kudrat hawa tidak setanding kudrat adam dan satu isu lagi mana taknya kaum hawa mahu kahwin jika serik diperlekehkan oleh kaum adam.Mahu tak mahu sekarang saja ramai isu kaum hawa menjadi lesbian dan tomboy.Itu semua disebabkan syaitan memang sudah berjanji pada Allah bahawa syaitan akan berusah menghasut kaum adam jika iman mereka tidak kental.Tak kiralah ayah sendiri sekarang sahaja banyak isu HARUAN MAKAN ANAK.Minta semua kaum wanita/hawa dihindari dari kejahatan syaitan yang sentiasa menghasut kaum adam.Oklah akhirnya aku kirimkan sedikit rangkap pantun...:)


IKAN PUYU IKAN BETUK,
MARI PANCING DI TEPI BENDANG,
SIKAP YANG BAIK SENTIASALAH DIBENTUK,
AKHIR NANTI DIKENANG ORANG.

SANG KANCIL PERGI MENGAMBIL AIR,
MENGAMBIL AIR DI TEPI PERIGI,
KALAU MAKAN JANGAN MEMBAZIR,
TAKUT NANTI IKUT JEJAK SYAITAN.
\
WASSALAM.....:)