Selasa, 25 Disember 2012

SEKOLAH OH SEKOLAH!!!

Salam kepada semua pembaca dan pelanggan blogger.

     Hariini aku telah pergi ke bandar untuk membeli barang kelengkapan sekolah.Sewaktu aku telah siap,tiba-tiba kereta ayh telah rosak akibat kehabisan bateri.Jadi aku,ibu dan adik-adik telah pergi ke bandar dengan menaiki bas kesana.Sewaktu didalam bas,ramai penumpang pada hari itu.Masa pantas berlalu kami turun dari bas untuk membeli pakaian sekolah.Kemudian kami ke kedai buku.Aku dan adik sepantas tangan mengapai senaskah novel berjudul KENAPA AKU?.Bagi kami buku itu menarik dan teladan bagi remaja.Selepas itu,kami ke kedai kek Esameina.Aku dan adik membeli kek lapis coklat dan kek cawan.Ibu menalifon ayah untuk menjemput kami.Masa berlalu dengan pantas, ayah dan nenek sampai menjemput kami.Kemudian ayah belanja makan di Restoran Mek yang murah dan berpatutan.Selepas itu, kami ke pusat membeli belah yang baru dibuka iaitu BILLION.Berbagai gelagat manusia disana.Aku membeli kerongsang disana dengan cantik.Akhirnya aku dan adik ke kedai alat tulis sekolah di kedai aunt.Didalam perjalanan pulang,ayah membeli sekilo durian yang ranum.Kami pulang kerumah dengan selamat.Aku dan adik bergaya sakan kerana teruja memakai pakaian sekolah baru.Kami rindu ke sekolah dan datang dengan azam yang baru.Tahun hadapan aku akan menjalani PMR .Semoga aku berjaya .Harap korang semua gembira membacanya .WASALLAM..from miss sunshine... ^_^...