Jumaat, 8 Mei 2015

AKU MAHU KE KL

    
                                                                                   Assalamualaikum


 Nak tahu tak kenapa titlenya  macam tu.Hehehe sebenarnya hari Rabu tu on the way ke KL.Apa taknya dah lama tak bercuti.Itu pun Two day One night tau.Rindu dekat sepupu su lagi-lagi anak Mak ngah:Farhani Amani,Fadhli aula,Fauzi aula,fathi aula yg paling rindu sangat-sangat Farzani amani sebab dia baru lahir,3 bulan berat dia 2.9  kg kecil kan.Dulu masa Su baby Ibu kata Su berat 2.7 kg lagi kecilkan.Tu yang ulang-alik hospital je sebab baby kecil.
7.30 pagi-18/03
Kami bertolak ke simpang Pemanis berhentikan kenderaan sebab kami menaiki kereta Datuk  ke KL.Kami menuju ke lebuhraya Gemas lebih kurang pukul9.00 pagi.Kami berehat di R&R Seremban,N9 pukul 9.45 pagi.Seteresnya kami menereskan perjalanan ke lebuhraya PLUS.Su teruja sangat melihat bangunan Universiti Sains Islam Malaysia dan Management Science Univercity.Rupanya MSU Tu dekat highway,ermm macam mana lah student kat sana study ek?Tepat jam 12.00 p.m kami sampai ke rumah teres Mak ngah.Masa tu Pak ngah belum balik sebab dia terlibat dengan kursus perkahwinan untuk memberi ceramah.Dalam jam 4.00 petang,Pak ngah bawa aiskrim strawberi apa lagi semua parents makan aiskrim bersalut roti gardenia yg pek roti sandwich tu.
Malam dalam jam 7.00 p.m tu,Kami pergi rumah Oyang tiri,Rumahnya di Puchong.Agak jauh perjalanannya lebih kurang 8.45 p.m sampai jugak.Lepas borak-borak tu pasal wedding Pak uda bulan 6 ni.Kami menjamu selera Kfc 3 boxes,mi goreng,dengan buah oren.Lepas dah siap berbincang tu,kami bertolak pulang jam 10.00 malam.Suasana dekat KL berwarna-warni,bangunan lagak seperti giant.

Esoknya kami pulang ke Pemanis,lebih kurang pukul 9.00 pagi.Sedih sangat masa pulang tu.Mak ngah kalau boleh balik hari Sabtu.Habis teringat kawad n kerja sekolah punya pasal dah kena balik.Apa taknya kalau tak comeback home mesti around the Kl punyalah.That`s all from me.Wassalam..