Selasa, 16 September 2014

LAWATAN KE PETROSAINS,KUALA LUMPUR

Assallam you all,Khamis yang lepas,Ida telah mengikuti lawatan sambil belajar ke KLCC.Kami bertolak ke sana pada pukul 6.50 pagi dengan menaiki bas seramai 40 orang peserta.Lebih kurang jam 9.35 pagi kami berhenti ke R&R Seremban.Di sana makanan semua mahal Ida dengan Zal,kawan Ida hanya membeli roti hotdog satu bungkus bernilai RM2.00.Kawan Ida yang lain beli jagung rebus campur krim 1 cawan polisterin RM4.00.Mahal kan!! Tapi bagi orang KL dah biasa dah harga macam tu.      


 
Tunggu bas punya pasal duduk dekat batu hitam putih.Hehehe 

Tepat jam 11.45 pagi,kita orang sampai dekat Planetarium.Dekat dalam tu ada budak U,budak Sekolah Rendah dan kitaorang.Tapi tu lah dalam tu tiada benda yang menarik sangat sebab bosan.

 
Ni picture dekat Planetarium.

Gambarnya kuning sebab lampu dekat dalam ni semua warna kuning.Ni tempat dekat dalam roket tempat diaorang baring.Nampak tak? Hehehe..Lepas kitaorang dah seronok dekat sini.Kemudian,kita orang bergerak ke Masjid as-Syakirin Kuala Lumpur.Selesa sangat tapi masuk ni dah dua kali Ida solat kat sini.First time,masa rombongan lepas UPSR solat dekat sini juga.Tapi dah masuk rumah Tuhan kali kedua yang cantik ni rasa kekok pula sebab dah lupa ruang sembahyang perempuan dekat mana.Nasib baik ada seorang hamba Allah ni tolong Ida dengan Zal tunjukkan ruang solat perempuan dekat mana  kalau tak melilau entah ke mana aje.Lepastu Ida pergi ke Suria KLCC.Kita orang makan tengah hari dekat ruang luar sebelum masuk ke dalam.Duduk dekat kawasan tetangga Cafe dekat hadapannya air pancut.It so amazing and fantastic when I was in there.Kita orang makan nasi ayam dengan air kotak laici sedap sangat!Masuk dalam Suria KLCC  naik tingkat paling atas menuju ke Petrosains perghh!! Pening sangat.For your information,Ida ni seorang yang takut tinggi entah kalau empunya diri ni berada di tempat yang amat tinggi,rasa macam diri ni nak terjun bangunan je macam nak pitam.Tapi kalau naik Rolercoaster ,flying fox Ida berani sebab ini aktiviti lasak yang Ida suka buat masa kecil lagi Ida dah selalu naik rolercoaster ayah ajak pergi Funfair tau! Lepastu masa Ida darjah 5 Ida join camp in Sek.Menengah Dato Bentara Dalam,Segamat.First time,Ida daki pokok yang sangat tinggi pokok hutan tau! Lepastu Ida turun sendiri tanpa bantuan cikgu pon.Best sangat.Sorry you all Ida tak ambil gambar dekat dalam Petrosains sebab enjoy main game science dalam ni.
Jam 5.00 petang berkumpul keluar dari KLCC.Kita orang bertolak ke Masjid Putrajaya.Sepanjang perjalanan ke Putrajaya tu traffic sesak sangat banyak kenderaan.

 

                                            Ni gambar KLCC yang kita orang ambil sendiri tau!
Sampai dekat Masjid Putrajaya,kita orang solat maghrib.Lepastu bergerak ke Alamanda,Putrajaya.It shopping time n eat time! Dekat lagilah mahal apa tidaknya branded boutique je.Such as Gucci,Alfio Raldo dan lain-lain.Ida dengan kawan-kawan pergi makan KFC dengan pak cik Ezrin sebab dia pelajar Cyberjaya jadi dekatlah dengan Alamanda.Ok itu sahaja kisah lawatan Ida ke Petrosains. Harap you all enjoy dengan cerita saya.Wssalam :)