Jumaat, 5 September 2014

SOAL JAWAB KECANTIKAN :)

Assalamualaikum you all, hari ni Ida cuti sekolah.Saya bangun pagi,sarapan,kemas rumah dan buka blog.Hari ini Ida nak bagi sedikit petu untuk korang semua.Petua ini campur ada  petua tradisional dan moden.Harap korang semua suka!!!

Bintik hitam di wajah
Gaulkan satu sudu minyak zaitun dengan sebiji telur dan kemudian sapukan pada wajah.Biarkan selama 30 minit dan kemudian cuci dengan air suam.Amalkan setiap kali sebelum tidur,kulit anda lama-kelamaan akan menjadi licin dan tegang.

Memakai bedak asas
Basahkan sedikit span wajah dan sapukan bedak menggunakan span basah tadi di wajah.Jangan sapu dalam jumlah yang terlalu banyak.Sapukan seperti biasa dan dalam beberapa minit anda akan nampak kesannya pada wajah.Sapuan tadi akan kelihatan seperti bedak asas sebenar,pilih mengikut jenis kulit dan warna kulit jika anda ingin memakai bedak asas yang sebenar.Jika anda jenis kulit muka yang berminyak ,gunakan bedak asas jenis cecair dan bukan stik.Dan pilih warna, sapukan bedak asas  tersebut di bahagian rahang wajah terlebih dahulu dan lihat kesesuaiannya pada kulit anda.

Jerawat sebelum datang bulan
Tumbuk beras bersama beberapa helai daun sirih dan campurkan sedikit air.Kemudian sapukan ke wajah sebelum tidur.Jika rajin amalkan selalu dan jerawat tidak akan muncul. 


Bau mulut
      Tumbuk lumat sepotong halia dan sesudu garam kasar,kemudian tambahkan air dan bancuh sehingga sebati.Setiap kali selepas menggosok gigi, kumur dengan air bancuhan tadi dan amalkan setiap hari.

Rambut beruban
     Masakkan satu sudu minyak kelapa dengan segenggam daun kari di atas api yang sederhana sehingga daun kari tadi hangus.Apabila daun kari sudah hangus, sejukkan minyak tadi .Anda boleh  jadikan minyak tadi  sebagai minyak rambut dan dipakai setiap hari.

Masalah sembelit
     Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak dan kisar bersama segelas air.Anda boleh minum dua kali sehari sehingga masalah anda hilang.


Mekap Cair
     Mula-mula sapu ketul ais pada wajah terlebih dahulu sebelum mengenakan sebarang produk di wajah.Ini bagi mengecilkan liang-liang roma pada wajah.Kemudian gunakan bedak asas jenis stik yang kurang berminyak.Selain itu,amalkan semburan pelembap wajah.Ia bukan sahaja berfungsi memberi kesegaran malah mengelak peluh di wajah memerangkap kotoran.
Bibir hitam
    Ambil tiga helai daun sirih dan tumbuk lumat.Kemudian ambil perahannya dan sapukan pada bibir setiap malam.Lihat hasilnya.


Hidung mancung
     Bagi anda yang berkulit kuning langsat ,warna yang sesuai di sapu pada wajah terutama bahagian mata adalah warna-warna tanah seperti warna maroon,coklat dan juga merah jambu belacan.Ia akan memberi keseimbangan pada warna kulit anda.Warna gincu yang sesuai pula seperti warnah merah hati,peach dan oren merah jambu.Tetapi pastikan disapu dengan kadar sederhana dan tidak terlalu pekat.Ini memberi ilusi mancung pada hidung anda.Gunakan pembayang untuk wajah dengan warna coklat terang.Ini tidak akan kelihatan ketara pada hidung anda tetapi menjadikan hidung anda kelihatan mancung.Gariskan di kiri dan kanan batang hidung anda.


Mata besar
     Gariskan pensel mata yang berwarna kelabu gelap untuk mengecilkan mata.Begitu juga pada bahagian bawah mata.Kemudian sapukan pembayang mata berwarna lembut dan bersifat semula jadi.Ia akan menampakkan mata anda lebih redup dan sederhana.


Rambut kering dan berkelemumur
    Gunakan minyak kelapa dara sebagai minyak rambut harian anda.Bagi rambut berkelemumur,ambil beberapa potongan limau nipis dan lumurkan di rambut.Biarkan selama 15 minit,kemudian cuci rambut dengan air bersih.Cara ini  bukan sahaja dpat mengatasi kelemumur malah membuat rambut kelihatan lembut dan bersinar.   

Ini sahaja petua yang Ida nak kongsikan.Diantara semua petua ini ada yang Ida sering gunakan.Petua ini jika diamalkan akan nampak kelainnanya.Oklah harap korang semua suka.Wassallam... :)

 
ENJOY WITH YOUR BREAKFAST AND MAKE SUNSHINE IN YOUR DAY..