Sabtu, 6 September 2014

SAHABAT YANG HARUS DIJAUHI :)

Assalamualaikum semua daralista,petang ini Ida akan kogsikan sedikit tip sahabat.Harap korang semua suka!!


SAHABAT YANG HARUS DIJAUHI
Setiap daripada hidup kita pasti memiliki sahabat atau rakan dalam kehidupan.Sahabat amat diperlukan sama ada masa susah atau senang.Mereka adalah tempat kita berkongsi masalah,berita gembira atau membuat keputusan.Memiliki banyak sahabat akan membuat kita begitu bahagia.Dalam persahabatan,kita harus memiliki sifat yang positif kerana jika kita atau sahabat memiliki sifat yang sebaliknya,maka hubungan tersebut akan diakhiri dengan pertelingkahan.Mari kita lihat ciri-ciri sahabat yang perlu kita jauhi.


&MEMBUKA AIB   
Jika kita sering mendengar orang bercerita yang kurang enak tentang kita  walhal kita sendiri tidak pernah bercerita kepada sesiapa kecuali sahabat kita,maka kita jauhilah dia kerana pasti dia akan membuka aib orang lain juga.


&MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Sahabat kita sering mencari kita ketika susah dan senang,tetapi tidak pernah muncul ketika kita susah dan memerlukan dia.


&SI BUSUK HATI
Sahabat yang mempunyai sifat ini tidak suka jika kita atau orang lain lebih berjaya daripadanya.Dia lebih suka melihat semua orang jatuh tersungkur dan akan menjadi batu api antara kita dan kawan-kawan yang lain.


&HIPOKRIT
Dia suka berlagak seperti seorang yang mengambil berat tentang kita,hormat dan suka memuji-muji tetapi di belakang kita,dia suka mengutuk,mencaci dan memaki.Elakkanlah berkawan dengan orang yang mempunyai sifat ini.



ALI BIN ABI THALIB R.A. PERNAH BERKATA: “SEJAHAT-JAHAT SAHABAT IALAH YG MENYURUH ENGKAU BERMUKA-MUKA DAN MEMAKSA ENGKAU MEMINTA MAAF ATAU SELALU MENCARI ALASAN.”

Jadi Ida harap korang semua renung-renungkan dan jadikan pedoman untuk diri kita.Oklah Wsallam..:)