Sabtu, 5 Januari 2013

sihat dan cantik cara rasulullah!!!

SIHAT DAN CANTIK CARA RASULULAH

Asalamualaikum semua hari ini aku akan beri tip CANTIK CARA ISLAM

Sihat dan cantik itu sememangnya tidak boleh dipisahkan.Setiap manusia ingin sihat,ingin cantik.Cantik dari segi luaran ,tapi perlu cantik juga dari segi dalaman.Secara fizikalnya,kita boleh sihat dan cantik dengan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat,namun jika diteliti melalui cara Rasulullah SAW,ia memang patut diteladani.

Madu:baginda mengamalkan madu pada waktu pagi sebelum sarapan.Madu dicampur dengan air sejuk .Ia bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.

Kawal pemakanan sewaktu remaja.bkan sudah jatuh sakit baru mahu amalkan pemakanan sihat dan mengambil ubat ubatan.

Makan la talbiiah sabda baginda .Talbiiah sejenis makanan  yang seakan akan bubur atau susu.Ianya lembut dan mudah dihadam.

Baginda sentisa mengamalkan puasa sunat pada isnin dan khamis untuk menyeimbangkan kesihatan.

Baginda sentiasa mencuci rambut,memotong kuku,bersikat serta memakai wangi wangian pada setiap hari khamis dan jumaat.Dalam Islam mandi jumaat amat digalakkan.
Baginda sentiasa gemar berjalan kaki kemasjid dan lain lain. Ianya bertujuan untuk memudahkan peredaran darah berjalan lancar.

Jadilah seorang yang pemaaf.

Baginda cadangkan jika ingin kekal cantik jangan selalu marah.Tipnya ialah ubah posisi badan ketia marah,apabila berdiri maka hendaklah duduk dan baca lah ta`awwudz kerana marah adalah sifat syaitan.


SEKIAN AKU AKHIRKAN DENGAN SERANGKAP PANTUN :)

BURUNG NURI TERBANG SEKAWAN,
HINGGAP SEBENTAR DI POHON DURIAN,
HORMATI IBU BAPA JADIKAN AMALAN,
SEMOGA HIDUP DIBERKATI TUHAN.           WASALAM...:)






  

seminggu persekolahan ah pening juga!!@

Assalamualaikum dan salam buat semua:)






Ha nampak tak gambar kat atas heeemmm...sebernarnya aku sudah bersekolah dan kini sudah berada tingkatan 3 azam,adik pula sudah di tingkatan 1 azam.Sewaktu hari pendaftaran aku rasa macam nak muntah juga sebab ramai orang berdaftar di sana.Masa memang pantas berlalu,aku dan adik sudah seminggu di sekolah.Aku juga agak cemburu melihat rakanku mendapat beg  baru.


Jadi itu sahaja paparanku semoga semua terhibur dan doakkan aku mendapat keputusan yang cemerlang di pmr WASSALAM :)