Rabu, 15 Julai 2015

SRIKANDI ISLAM:Ja'dah Ajar Anak Menjadi Pemurah

                                                      Assalamualaikum
Hidup berjiran mngajar kita erti kasih sayang,tolong menolong dan juga mnjadi seorang pemurah.Jangan kedekut menghulurkan bantuan jika jiran kamu memerlukan.Begitu juga nabi kita,Rasulullah s.a.w yg bahagia hidup brjiran dengan keluarga kecil Ja'dah Ubaid bin Tsa'labah al-Ansyariah.

Ja'dah sudah lama hidup brjiran dengan Rasulullah.Dia berkahwin dengan suami pertama sebelum bercerai dan berkahwin lagi dengan jejaka  pilihan hati ,al-Habbab bin al-Arqam.Mereka dikurniakan seorang anak lelaki yg dinamakan al-Haris.Adik-beradik Ja'dah,Amru,Afrah dan Khaulah memberi sokongan sepenuhya kepada  Ja'dah untuk berbai'ah memeluk Islam mengikut jejak langkah mereka.Hubungan mereka adik-beradik terlalu rapat dan tidak mahu ketinggalan untuk bersama menerima cahaya Islam.

Sebagai jiran yg pemurah,Ja'dah sering kali menjemput baginda bersama isterinya datang ke rumah bagi menjamu selera.Ja'dah merupakan ibu yg mulia kerana berjaya mendidik anaknya menjadi insan yg berguna kerana suka menolong orang.Anaknya,al-Haris kerap mengikut tentera Islam Berjuang di medan perang.Tenaga arjunanya tidak gentar melawan musuh hingga dapat dilihat  sendiri kemahirannya oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Hasil didikan sempurna itu juga, al-Haris  suka menolong Rasulullah terutama apabila baginda berkahwin lain.Hidup berjiran tidak boleh berkira.Selagi kita membantu jiran,selagi itu juga Allah permudahkan urusan kita.Berita perkahwinan Rasulullah  bersama Mariam al-Qabtiyah sampai ke pengetahuan anak beranak ini.Lantas  si ibu dapat merasakan perasaan isteri-isteri baginda yang lain.Sudah tentu mereka berasa cemburu apabila mengetahui suaminya berkahwin lain.

Ja'dah tidak pernah menyalahkan keadaan kerana baginyasemua yg berlaku ada hikmah disebaliknya.Dia berbincang dengan anak terunanya tentang perkara ini dan berhasrat ingin membantu baginda.Usai berbincang,al-Haris menyatakan cadangan untuk berpindah ke rumah lain dan membenarkan Rasulullah bersama isterinya  tinggal di rumah mereka.Baginda berasa terharu dengan keikhlasan pertolongan anak beranak itu.Sifat terpuji yang ada pada Ja'dah dan al-Haris perlu dijadikan ikutan.Jira yg baik akan memastikan jiran sebelahnya sentiasa dalam keadaan baik.Oleh itu jangan kedekut memberikan pertolongan anda.Assalamualaikum..